Selasa, Oktober 25, 2016

Ahli Parlimen pembangkang yang sepatutnya hadir dan mendengar dengan teliti pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu tsupaya dapat berbahas dengan hujah yang relevan.

Namun, tindakan awal mereka keluar Dewan Rakyat Jumaat lalu menyebabkan Ketua Pembangkang hari ini berhujah dengan melemparkan pelbagai dakwaan kononnya bajet yang dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak sesuatu yang negatif.

Lebih malang, sudah lama sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dua kali jadi ketua pembangkang, Wan Azizah itu dilihat hanya sekadar membaca teks yang disediakan seolah-olah tidak tahu apa sebenarnya yang ingin disampaikan.

Ketika membahaskan Bajet 2017, Wan Azizah seringkali hanya membuat dakwaan bahawa bajet itu adalah gula - gula untuk rakyat dan ia menjadi habuan dalam tempoh yang singkat.

Bahkan Si Wan Azizah itu juga turut membuat tuduhan bahawa bajet itu bukan menunjukkan yang Kerajaan Barisan Nasional benar - benar mahu berkhidmat untuk rakyat, tetapi sebaliknya ianya hanya bajet yang penuh helah untuk menipu rakyat.

Hujah itu sekaligus bercanggah dengan apa yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini dimana Bajet 2017 yang dibentangkan itu sebenarnya bersifat holistik dan komprehensif terhadap kepentingan rakyat.

Contohnya, meskipun Selangor merupakan negeri di bawah pentadbiran pembangkang, namun Najib bersifat profesional dengan lebih mengutamakan rakyat daripada isu politik dalaman dengan membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) di negeri tersebut.

Namun malangnya, perkara itu tidak langsung dinyatakan oleh Wan Azizah sepanjang perbahasan beliau lebih 90 minit.

Dalam masa yang sama, Wan Azizah turut mengambil kesempatan dengan mempersoal berkali - kali mengapa kerajaan tidak menjawab soalan berkaitan 1MDB dan Jabatan Peguam Negara Amerika (DOJ) ketika membentangkan bajet tersebut.

Wan Azizah patut sedar yang kedua-dua isu tersebut tidak berkaitan dengan bajet namun beliau tetap cuba untuk mengelirukan Dewan. Katanya, Perdana Menteri cuba mengelak persoalan asal dan tidak menjelaskan isu tersebut dalam pembentangan Bajet 2017.

Selain itu, beliau turut menyifatkan seolah-olah yang Najib adalah seorang Perdana Menteri kejam kerana memaksa rakyat mengikat perut supaya berjimat cermat serta digalakkan membuat perkhidmatan UBER bagi menambah pendapatan.

Isu yang berkaitan dengan kepentingan suaminya, Si Ketua Penipu tu juga turut tidak ketinggalan menjadi sebagai dari pada intipati perbahasannya dengan mengulangi dakwaan kononnya suaminya itu telah menjadi mangsa tahanan politik.

Namun ketika Ahli Parlimen Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali cuba mencelah, Wan Azizah tidak memberikan laluan kepadanya, bagaimanapun membenarkan kroninya, Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani mencelah.

Ini jelas memperlihat yang Wan Azizah hanya berani berhujah menggunakan teks yang disediakan namun pengecut untuk menjawab soalan - soalan tambahan dari pihak Kerajaan dan juga Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Dalam erti kata lainnya, tindakan Si Wan Azizah tu sewaktu membahaskan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri baru  - baru ini jelas tidak mencerminkan intipati yang disampaikan. Jadi, tak heran la kenapa ada penyokong dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri melabelkan Si Wan Azizah ni sebagai 'Tunggul Kayu'!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Dalam politik apapun bisa terjadi, tidak ada kawan sejati dan tidak ada musuh abadi

    BalasPadam
  2. Kak Wan mana blh berucap tanpa teks. Baca je la...

    BalasPadam
  3. Setiap duit yang dibelanjakan adalah duit rakyat samada dalam bentuk cukai atau hasil bumi maka tak perlulah diungkit negeri diperintah olih pembangkang atau sealiran dengan kerajaan pusat,kerana sekarang zaman GST semua rakyat dikenakan cukai jadi hasil cukai itu kena dibahagi samalah

    BalasPadam
    Balasan
    1. habis yg dok meroyan tuduh tiap projek kerajaan tu duit rayat bkn duit najib MEMANG BETUL la..tp tetap bingai meroyan tuduh bagai

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping