Selasa, Oktober 18, 2016

Heh! Nampak gayanya semakin hari dakyah pembohongan Si Rafizi tu semakin tidak memberi kesan. Apatah lagi dakyah pembohongan yang hanya sekadar memberi kerugian yang cukup besar kepada institusi Islam yang ada di Malaysia ni.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu sering kali muncul dengan pelbagai dakwaan serta tuduhan rambang terhadap Lembaga Tabung Haji dengan tuduhan cuba menyelewengkan duit simpanan deposit rakyat yang terdiri dari kalangan umat Islam.

Dalam dakwaan tersebut, Si Rafizi tu kata Tabung Haji telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan mempergunakan duit simpanan deposit tersebut untuk membayar hutang yang ditanggung oleh syarikat pelaburan strategik Malaysia, 1MDB.

Tindakan Si Rafizi yang menyebar dakyah pembohongan itu bukan sahaja tidak berasas, malah ianya menyebabkan pengikut dikalangan Pakatan Haprak itu percaya dan menyebabkan mereka bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka.

Tidak cukup hanya sekadar itu sahaja, bahkan pembohongan Si Rafizi itu juga turut menyebabkan ramai pengikut Pakatan Haprak tu menolak tawaran untuk menunaikan Haji pada tahun ini daripada pihak Lembaga Tabung Haji sebelum ini.

Namun, apa yang pasti, tuduhan rambang tidak berasas yang dilakukan oleh Si Rafizi itu tidak mampu untuk bertahan lama apabila pihak Tabung Haji mencatatkan peningkatan dalam pencaruman deposit yang memberangsangkan bagi tempoh 10 tahun.

Pihak Lembaga Tabung Haji dalam satu laporan kenyataan media yang dikeluarkan sebelum ini menyatakan bahawa institusi kewangan Islam itu berjaya meningkatkan jumlah deposit mereka sehingga ianya mencecah sebanyak RM 62 billion.

Menurutnya dalam tempoh berkenaan jumlah deposit yang dicatatkan itu semakin bertambah sebanyak RM3 bilion setahun sekali gus menunjukkan bahawa tahap keyakinan umat Islam terhadap agensi itu sangat tinggi dan turut meningkat.
“Perkembangan ini sangat positif dari segi ekonomi, orang ramai tidak perlu ragu kerana apabila membuat simpanan menerusi TH, manfaat utama kepada penyimpan selain menunaikan fardu haji ialah deposit mereka dijamin sepenuhnya,” katanya.
Dalam erti kata mudahnya, dakyah pembohongan yang dijaja oleh Si Rafizi itu berkaitan dengan Tabung Haji sebelum ini ternyata bukan hanya sekadar tuduhan yang tidak berdasarkan bukti yang sahih. Malah ianya menunjukkan yang Si Rafizi tu bukan seorang pemimpin yang boleh dipercayai serta sering mengkhianati keyakinan rakyat!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Salam. Adakah admin mahu menafikan pembelian tanah sekangkang kera itu oleh Tabung Haji dari 1MDB? Adakah dana yang gunanitu bukan dari hasil tabungan umat Islam yg menyimpan utk tujuan HAJI?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tabung Haji mempunyai banyak syarikat dibawanya. Dari perladangan, hartanah, perlaburan dll. Dari hasil tersebut digunakan untuk membayar dividen dan subsidi ahli2nya.

      Tahukah tanah sekangkang kera tu dibeli oleh unit hartanah untuk perlaburan masa panjang dan pendapatan yang stabil. Harga yang dibeli adalah bawah harga pasaran. Tahukah 1MDB beli tanah tersebut dan terpaksa membuat infrastruktur dan membena beberapa kem2 tentera dan lapangan2 terbang tentera diseluruh negara.

      Ianya bukan sebagaimana Madey menyuruh Anandakrishna membeli tanah diAmpang dengan harga murah dan menjual dengan harga berlipat kali ganda kepada Petronas.

      Kesian, inilah antara mahkluk yang diperbodohkab Rafizi.

      Padam
    2. Anon 1041 tu tak de pengetahuan fasal Tabung Haji kot. Kena banyakkan membacalah.

      Padam
    3. mad dey tu kan genius. dia suroh anandek krishnan beli tanah lumba kuda tu murah murah. lepas tu jual balik kat petronas berlipat lipat lipst kali ganda. kan genius tu. sebab mad dey....tak apa....

      Padam
  2. HAH....declare banyak banyak. Nanati ada yang meleleh air liur, dok nampak 62B...

    BalasPadam
  3. Kalau ikut cakap Rafizi, haji tak dapat pergi, wang yg keluarkan habis entah ke mana....menyesal lagi. Rafizi tak tolong pun.

    BalasPadam
  4. Klu Rafizi kata apa2 jgn terus percaya Kena siasat dulu sbb bnyk yg dikatanya tak betoi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping