Rabu, Oktober 12, 2016

Inilah yang orang kata, 'Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong - Sorong'. Apa yang pasti, tindakan yang cuba dilakukan oleh Presiden PPBM ini hanya dianggap satu kerja yang sia - sia belaka serta tidak mendatangkan faedah.

PAS dalam satu kenyataan semalam tetap dengan pendirian menolak sebarang usaha rundingan atau kerjasama dengan DAPigs dan PAN, meskipun tawaran itu akan digerakkan oleh Tun Mahathir Mohamad atau Muhyiddin Yassin.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang menegaskan Pengerusi dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak perlu menjadi orang tengah dalam usaha perdamaian itu kerana PAS tetap dengan keputusan sebelum ini..
"Kita rujuk kembali kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kita bersedia bekerjasama dengan mana-mana (pihak). Bukan bergabung, tetapi bekerjasama, namun tidak dengan DAP dan Amanah. Ia satu kenyataan jelas daripada Presiden.
"Sekiranya Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berfikir untuk menyatukan gabungan itu, termasuk mengajak PAS, DAP dan Amanah, bermakna mereka kena lupakan hasrat itu," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Mokhtar menyatakan respon terhadap hasrat PPBM yang mahu terus mengadakan perbincangan secara terperinci dengan PAS dalam usaha memulihkan hubungan parti itu dengan "Musuh Utamanya", DAPigs dan PAN.

Dr Mahathir pada Sabtu lalu berkata, dia akan tetap berusaha memujuk PAS dalam usaha menyatukan kesemua parti pembangkang, apatah lagi dalam keadaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.

Sebelum Tun Mahathir berbuat demikian, Muhyiddin sudah terlebih dahulu menawarkan dirinya untuk menjadi "Orang Tengah" bagi mengembalikan keyakinan PAS terhadap parti - parti Pakatan pembangkang yang lain. Khususnya DAPigs dan PAN.

Namun PAS tampil dengan kenyataan baru, menerusi Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan yang menegaskan partinya tidak akan menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Dalam isu berlainan, Mokhtar menegaskan sikap wakil Persatuan Hokkien yang menyebabkan mereka enggan memahami sepenuhnya isu rang undang-undang (RUU) yang mahu memberikan kuasa lebih kepada mahkamah syariah
"Dalam isu perjumpaan dengan Persatuan Hokkien baru-baru ini bukanlah kegagalan kita memberikan penerangan, sebaliknya kegagalan mereka memahami penjelasan kita. Jika mereka tak faham lagi, mereka kena panggil kita untuk beri penerangan sebab ia sudah jelas," katanya.
Bulan lalu PAS mengadakan satu pertemuan dengan Persatuan Hokkien untuk menjelaskan cadangan pindaan tersebut, namun berakhir dengan tiada kesepakatan.

PAS yang diketuai Hadi turut diwakili Bendahari Mohamad Noor Mohamad, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dr Najihatus Solehah dan Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping