Rabu, Oktober 12, 2016

Alahai!!! Kesian betul tengok Puteri Reformasi ni ye. Nampak sangat yang dia ni semakin hari semakin kurang kasih sayang. Makin hari, makin meroyan pulak dia dibuatnya apabila takde orang yang pedulikan apa yang dia kata.

Tapi, semua tu salah Si Nurul Izzah ni sendiri jugak. Dia yang buat diri dia jadi macam tu. Jadi, kenapa pulak dia nak salahkan orang lain? Elok - elok ada suami, dia mintak cerai. Dapat menang Pilihan Raya pun sebab dia sebar fitnah.

Jadi, macam mana orang nak dengar cakap dia? Hakikatnya, dia sendiri yang buat suara dia 'Terkubur' seperti mana yang didakwa dalam satu kenyataan semalam. Kenapa pulak Si Nurul Izzah ni nak persalahkan pihak SPR?

Semalam Si Nurul Izzah tu tampil dengan satu lagi tuduhan secara terbuka terhadap SPR yang didakwa sengaja mengadakan "Konspirasi Tersusun" dengan pihak Kerajaan Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa.
"Tindakan SPR ini dilihat melanggar telah melanggar Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan. Saya melihat, SPR wajib laksana tugas untuk rangka semula persempadanan semula yang mengikut lunas perlembagaan," katanya ketika ditemui di Pejabat SPR Wilayah Persekutuan hari ini.
Persoalannya, adakah Si Nurul Izzah tu mempunyai bukti yang untuk menyokong tuduhan terhadap SPR tu? Atau dia hanya sekadar membuat andaian berdasarkan kepada logik pemikiran Kepala Lutut dia sendiri selama?

Mungkin juga dakwaan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah ni hanya salah satu daripada dakyah pembohongan dan tuduhan Fitnah seperti mana yang dilemparkan terhadap calon Barisan Nasional sewaktu dia menang Pilihan Raya yang lepas.

Realitinya, apa yang dibuat oleh SPR berhubung isu persempadanan semula Pilihan Raya itu hanya sekadar 'Cadangan'. Ianya belum diluluskan untuk perlaksanaan lagi. Yang Si Nurul Izzah ni menggelupor biawak ni pasal apa?

Sepatutnya, Si Nurul Izzah ni kumpul orang, dapatkan tandatangan diorang dan buat bantahan kepada pihak SPR bagi menolak cadangan tersebut. Baru la nampak dia buat kerja. Bukannya hanya setakat 'Menyalak' dalam media je.

Kot kalau Si Nurul Izzah tu nak anggap diri dia sebagai seorang pejuang Keadilan yang 'Bersih', 'Suci' dan 'Maksum', setidak - tidaknya cermin la diri dia sendiri terlebih dahulu. Jangan anggap diri dia bebas dari sebarang dosa. Nak buat tuduhan pun, biar la ada bukti dan fakta yang betul. Bukan main cakap je tak tentu arah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping