Jumaat, Oktober 28, 2016

Jika dibandingkan diantara maruah diri sebagai seorang pemimpin dengan jawatan serta kedudukannya dalam Politik, nampak sangat yang Si Husam tu memilih untuk memberi keutamaan kepada jawatan yang disandangnya pada ketika ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Si Husam tu dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini apabila ditanya kenapa dia tidak melepaskan jawatannya sebagai ADUN Salor ketika bertindak keluar dari PAS dan menyertai PAN sebelum ini.

Antara alasan yang diberikan oleh Si Husam tu ialah dia takut sekiranya dia lepaskan jawatan sebagai ADUN yang dia menang atas tiket PAS sebelum ini, maka masa depan dan karier dia sebagai seorang Ahli Politik di Malaysia ini akan berakhir.
“Kita ada peraturan, mana-mana ADUN yang letak jawatan, dia tidak boleh bertanding lagi.
“Adakah ini adil bagi seseorang. Kalau saya letak jawatan sekarang, saya tidak boleh bertanding dalam pilihan raya. Adakah ini dua kali hukum. Sekali dia kena pecat parti. Sekali dia kena letak jawatan. Sekali dia tidak boleh bertanding lagi,” katanya dalam persidangan DUN Kelantan hari ini.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Husam tu merupakan satu usaha untuk memburukkan imej PAS dan menunding jari menyalahkan bekas partinya itu diatas tindakan yang dilakukan sedangkan dia menang pun atas tiket PAS.

Dalam erti kata lainnya, Si Husam tu beranggapan karier Politik seseorang pemimpin itu hanya dapat dikekalkan sekiranya dia pegang jawatan sebagai ADUN. Kalau dia takde jawatan sedemikian, maka dia akan menjadi setaraf dengan sampah.

Nampak sangat yang pemikiran Si Husam tu terhadap Politik terlalu JUMUD dan SEMPIT sehingga membuatkan dia mempunyai pandangan yang sedemikian rupa. Itu membuktikan yang Si Husam ni kurang keyakinan pada dirinya sendiri.

Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Husam tu membuktikan bahawa sekiranya dia lepaskan jawatan sebagai seorang ADUN yang dimenangi atas tiket PAS, maka rakyat pasti akan melupakan dirinya. Dan itu lebih penting.

Apa yang jelas, Si Husam tu hanya mendambakan populariti murahan semata - mata dengan mengekalkan jawatannya sebagai seorang ADUN. Dia hanya nak orang ingat pada dia bagi dia mengekalkan kedudukan dalam arus Politik semasa. Bukannya dia lebih mengutamakan maruah dirinya sendiri sebagai seorang pemimpin!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping