Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini bergegar bukan kerana berlaku gempa bumi, tetapi ia panas dan hangat dengan pertengkaran dua ahli Dewan khasnya antara wakil Salor (Husam Musa) dengan wakil Pulai Chondong (Zulkifli Mamat).
Kedua-dua wakil itu saling jawab menjawab mempertahankan pendirian masing-masing.Pertengakaran dan perang mulut kedua orang yang pernah bersahabat itu meletus apabila wakil Pulai Chondong itu ketika menyambung perbahasan Bajet 2016 menuduh wakil Salor mengemukakan bukti-bukti yang tidak sahih yang dikutip di tepi jalan berhubung kepincangan Kerajaan.
Tuduhan Pulai Chondong itu menyebabkan Husam marah lantas bangun menafi dan menyoalkan Zulkifili apakah butiran yang diperkatakan yang diambil dari laporan audit dalaman SUK itu sebagai tidak benar? Dalam ucapan perbahasan belanjwan semalam Husam menimbulkan beberapa isu khasnya mengenai KPK yang maklumatnya dikutip dari laporan audit.
Walaupun Husam mengemukakan hujan dan menafikan tuduhan Zulkifli itu, tetapi wakil Pulai Chondong itu tetap bekeras menuduh bahawa bukti dan dakwaan Husam itu tidak betul terutamanya mengenai dakwaan syarikat Kijang Kuari milik kerajaan dijual. Zulkifili memberi gambaran Husam sebagai tertekan apabila kini sudah tidak lagi menjadi exco dan tidak bersama Pas lagi.
Zulkifili menafikan keras dakwaan itu, bagaimana ia dipertahankan oleh Husam dengan mendakwa maklumat itu diambil dari kenyataan dibuat oleh pihak yang boleh dipercayai. Namun Zulkifili tetap menafikan dan mendakwa Husam sebagai tidak benar.
Husam menjadi tambah berang apabila satu ketika Zulkifli menuduh Husam sebagai pencuri apabila mendedahkan laporan audit dalam SUK yang belum dibentang. Husam berkali-kali meminta Zulkifli menarik balik tuduhan itu tetapi tidak diendahkan. Untuk menenangkan keadaan MB Ahmad Yakob bangun menjelaskan bahawa laporan audit yang dipetik Husam itu masih belum disahkan.
Jawaban MB itu menyebabkan Zulkifili berasa dia berada dipihak benar dan sekali lagi terus menempelak Husam. Menjawab permintaan Husam agar laporan audit itu dibentang kepada awam, Ahmad berjanji selepas ia disahkan laporan itu akan dibentangkan. Husam mengucap terima kasih kepada MB.
Beberapa ketika dewan menjadi lebih teruk dari pasar ikan dan kedua-duanya beremosi tanpa mengendahkan larangan dan nasihat Speaker Abdullah Yaakob yang kelihatan serba salah untuk membuat keputusan menggunakan kuasanya. Lebih 10 kali Abdullah meminta keduanya duduk bagi menenangkan keadaan tetapi tidak dipedulikan.
Husam yang enggan duduk dan berkeras tidak akan duduk selagi Zulkifli yang menuduhnya sebagai pencuri tidak ditarik balik. "Saya tidak akan duduk," kata Husam. "Saya tidak akan tarik balik," balas Zulkifli pula, aksi ini berulang beberapa jurus yang sungguh mendebarkan.
Ini contoh wakil wakil yg konon nya mengikut landasan Islam. Akhir nya hancur lebur bila pekung terbuka.
BalasPadamHusam meroyan sakan sejak tak jadi exco
BalasPadamNampak sangat nak jawatan.