Rabu, Oktober 12, 2016

Dengar katanya, keluarga Si Ketua Penipu tu malam semalam telah menganjurkan solat hajat dan bacaan Yassin sebelum semakan mahkamah yang dijadualkan hari ini berhubung hukuman pemenjaraannya kerana kes liwat.

Majlis tersebut telah diadakan di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur, kediaman keluarga Si Ketua Penipu tu yang telah dihadiri seramai lebih kurang 100 orang bermula pada jam 6.30 petang dan berakhir pada 11 malam tadi.

Dalam ucapan, Nurul Izzah berkata usaha untuk membebaskan bapanya itu tidak akan terhenti selepas semakan mahkamah dan tuut menjelaskan bahawa pelbagai cara akan digunakan bagi mencapai matlamat utama yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Selain itu katanya, pihak keluarga Si Ketua Penipu tu akan memperluaskan lagi petisyen antarabangsa atas talian dan menggesa seluruh negara untuk menandatanganinya sebelum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Esok kita akan lancarkan petisyen antarabangsa, kerana tokoh seperti Anwar bukan sahaja rakyat Malaysia yang desak, tapi seluruh dunia desak pembebasan beliau.
“Mungkin ramai yang akan tandatangan kerana di bawah artikal 42 perlembagaan persekutuan Yang di-Pertuan Agong boleh sahaja melepaskan sesiapa sahaja.
“Tapi akibat undang-undang dipinggirkan dalam kes yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar, tapi ini usaha kita,” katanya.
Wow! Betul ke 'Seluruh Dunia' nak bebaskan seorang Peliwat macam Si Ketua Penipu tu? Takde ke isu besar yang lain yang lebih perlu diberikan keutamaan oleh seluruh penduduk dunia selain daripada kes liwat Si Ketua Penipu ni?

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga sempat membuat rayuan kepada semua penyokong Si Ketua Penipu tu untuk berkumpul di Mahkamah Persekutuan hari ini sebagai tanda solidariti mereka kepada Ketua Umum PKR itu.
Sebelum solat hajat bermula, mereka turut berbuka puasa sempena 10 Muharam dan selepas Maghrib, kuliah khas disampaikan oleh ustaz Zamri Zainal Abidin dengan tajuk Qazaf: Menginsafi Cabaran, Mensyukuri Nikmat Perjuangan.

Selepas menjalani hukuman penjara selama setahun lapan bulan, esok Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan Anwar sebagai usaha akhirnya menggunakan saluran perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun itu.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Mahkamah ada bukti kukuh sblum jatuhkn hukuman tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping