Isnin, Oktober 10, 2016

Bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tampil menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.

Kata Si Khalid Ibrahim, dia percaya RUU berkenaan, yang dibawa oleh PAS itu adalah bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah serta akan membawa keadilan kepada umat Islam dan bukan Islam di negara ini.
"Ya, saya rasa konsep syariah adalah berdasarkan keadilan. Walaupun rakyat tidak percaya hudud ia adalah bagus untuk dilaksanakan. Tapi perkara (lebih) penting bukan hudud tapi adalah keadilan untuk Muslim dan bukan Muslim.
"Saya tidak rasa undang-undang ini akan menyekat kebebasan bukan Muslim. Jika ia tidak adil, maka kita harus bekerjasama supaya undang-undang ini adil," katanya kepada pemberita selepas majlis bual bicara di Cyberjaya hari ini.
Presiden PAS itu sebelum ini telah mengesahkan bahawa dia akan membentangkan Rang Undang - Undang tersebut di sidang Dewan Rakyat yang dijangka akan berlangsung sekitar pertengahan bulan Oktober ini nanti.

RUU tersebut adalah bagi mencadangkan agar pindaan dibuat terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, demi memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah. Terutamanya di Negeri Kelantan.

Pindaan terhadap akta berkenaan adalah bagi menaik taraf beberapa perkara bersabit hukuman dan isu teknikal lain dalam bidang kuasa mahkamah syariah sedia ada yang tidak menepati ciri-ciri Islam berlandaskan Al-Quran dan hadis.

Pada masa ini, bidang kuasa Akta 355 menetapkan denda tidak lebih RM5,000, penjara tidak lebih 3 tahun dan 6 sebatan. Selain itu, PAS juga turut menjelaskan bahawa pindaan akta tersebut tidak akan membabitkan golongan Bukan Islam. 

Malah, bidang kuasa yang terlibat hanya membabitkan kesalahan zina, menuduh zina (Qazaf), minum arak dan murtad. Lain-lain kesalahan tidak tertakluk kepada perundangan Syariah kerana ia terletak dibawah undang - undang sivil.

Sebelum ini, kepimpinan PAS telah diserang teruk oleh DAPigs dan parti Ternakan mereka, PAN berhubung pembentangan Rang Undang - Undang tersebut sehingga menyebabkan parti itu ditendang keluar dari Pakatan Haprak tu dan menjadikan PAS sebagai Musuh Utama mereka selain dari Barisan Nasional!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Thumb up to TS Khalid Ibrahim.

    BalasPadam
  2. Ya,,tahniah kpd tski. Semua org islam patutsokong pun ruu355 yg akan dibawa oleh mp marang kerana ianya adalah agenda ugama. Kebetulan pas yg bawa isu ni,,tapu ini bukan agenda parti pas semata2, sebaliknya ia juga adalah isu kepentingan semua umat islam Malaysia.

    BalasPadam
  3. Bagus pandangan tan sri tu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping