Isnin, Oktober 10, 2016

Alahai! Tak pelik sangat la dengan Si Tian Chuak ni. Asalkan agendanya tetap sama. Waima berkawan dengan sesiapa pun dia sanggup. Maka sebab itu PKR boleh berkawan dengan puak Israel untuk jatuhkan Kerajaan Malaysia.

Jadi, tak heran la kalau Si Tian Chuak ni boleh keluarkan kenyataan dengan menegaskan bahawa dia sanggup bekerjasama dengan 'Pengkhianat' partinya sendiri sebelum ini. Yang penting, dia dapat merampas kuasa. Itu je tujuan dia.

Walaupun pemimpin kanan dan ahli-ahlinya bertindak meninggalkan parti, PKR masih menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pembelot partinya di Sabah atas alasan mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Pendirian tersebut dinyatakan oleh Tian Chuak yang mengatakan tidak kisah bekerjasama dengan pembelot parti asalkan mereka sehaluan dalam menentang BN dan langkah tersebut diambil bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan.
“Tidak perlu mengeruhkan keadaan, kami menetapkan pendirian yang parti akan terus menghulur kerjasama atas mana-mana parti sama ada parti tempatan mahupun kebangsaan untuk melawan kerajaan pada PRU akan datang.
“Buat masa sekarang, keadaan di Sabah sudah semakin stabil. Kita akan bekerjasama tidak kira mana-mana parti asalkan mereka sehaluan menentang BN dan memegang prinsip perjuangan reformasi,” katanya dipetik dalam laman Sinar Online.
Tapi dalam masa yang sama, Si Tian Chuak tu bagi juga amaran secara terbuka kepada parti tempatan Sabah bahawa PKR adalah satu - satunya parti di Sabah yang mempunyai jaringan komunikasi lengkap di seluruh negeri.
“Kita mempunyai organisasi cabang di semua kawasan Parlimen dan kita adalah parti yang paling inklusif di Sabah. Kami tetap akan menjadi teras untuk rundingan kerjasama antara semua parti supaya kita boleh mencabar BN dalam PRU akan datang,” katanya.
PKR Sabah lumpuh susulan tindakan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin bersama seorang lagi pemimpin PKR iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terence Siambun dan ADUN Likas, Junz Wong yang mengisytiharkan keluar parti minggu lepas.

Namun jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Tian Chuak ni agak berbeza dengan apa yang diluahkan oleh Presiden PKR, Wan Azizah sebelum ini apabila dia menyatakan kekecewaan secara terbuka.

Jika sebelum ini, Si Wan Azizah tu jugak yang beria - ia mempertikaikan tindakan yang telah diambil oleh Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukin dan beberapa orang lagi pemimpin serta ahli bertindak keluar dari parti tersebut.

Kata Si Wan Azizah, amalan keluar parti seperti yang dilakukan oleh Lajim Ukin serta pemimpin PKR Sabah itu tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Dan dia jelas menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan tersebut.

Dalam erti kata mudahnya, Si Wan Azizah tu tak merestui apa yang dilakukan oleh pemimpin PKR Sabah yang bertindak keluar dari parti tu yang juga boleh dianggap sebagai satu Pengkhianatan. Kalau bukan itu maksud dia, nampak sangat la yang kenyataan Si Wan Azizah tu sebelum ini hanya sekadar Retorik semata - mata!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping