"Lembab!!!" Hanya itu sahaja kenyataan yang boleh diluahkan kepada Si Menteri Besar Selangor yang sebelum ini cuba mendabik dada dan mendakwa bahawa dirinya lebih baik dari orang lain.
Hanya selepas DUA MINGGU pihak Rejim Pakatan Selangor tu buat pemantauan, baru semalam Si Menteri Besar Selangor tu nak suruh ambik tindakan 'Sita' dan 'Rampas'? Pathetic!
Tambah memalukan ialah apabila Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa kononnya pihaknya sudah mengenal pasti punca pencemaran bau di Loji Semenyih sejak dua minggu yang lalu.
Persoalannya, dimana kompetensi pihak Rejim Pakatan Selangor tu dalam menguruskan masalah yang sudah melanda rakyat sejak dua minggu yang lalu? Dimana tanggungjawab mereka?
Sepatutnya sejak dari awal lagi perkara itu boleh dicegah oleh pihak Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Menteri Besar tanpa perlu menunggu orang lain untuk bertindak terlebih dahulu.
Jika semalam dia boleh keluarkan arahan bertalu - talu melalui laman twitter, kenapa tidak perkara yang sama dilakukan dua minggu yang lalu? Kenapa baru semalam baru dia nak beri arahan?
Jelas, tindakan 'Lembab' yang diambil oleh Si Menteri Besar Selangor tu membuktikan bahawa dia bukan sahaja GAGAL menangani masalah yang dihadapi rakyat. Tetapi dia juga GAGAL sebagai pemimpin.
(Baca juga: LOJI SEMENYIH BERBAU, BUKTI REJIM AZMIN GAGAL!!!)
Dan sebagai rekod, bukan isu pencemaran bau di Loji Air Semenyih itu sahaja yang GAGAL ditangani oleh Si Menteri Besar Selangor tu sejak dia berjaya merampas jawatan tersebut sebelum ini.
Banyak lagi isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat yang GAGAL diselesaikan oleh Si Menteri Besar tu. Misal contohnya, sampah yang tidak dikutip dan longkang yang masih tersumbat. Biar pun dia dah dua tiga kali terjun longkang, masalah tu masih tak selesai juga!!!
Nasib la orang selangor yang dapat menteri besar yang cuma pandai bercakap dan semua yang berlaku disalahkan kepada orang lain sedangkan dia sendiri yang tak reti apa2 pun..HIDUP PAKATANNN
BalasPadam