Rabu, Oktober 05, 2016

Jika kita lihat dari satu sudut, memang itulah mesej yang cuba disampaikan oleh Si Mak Lampir ni dalam sesi ceramah yang telah diadakan oleh puak Pakatan di daerah Bera semalam.

Hakikatnya, Si Mak Lampir tu cuba memberikan bayang seolah - olah generasi muda yang masih kekal dikawasan Felda ni sebagai generasi yang mundur dan tidak mampu bersaing dengan dunia luar.

Namun, kenyataan yang dibuat oleh Si Mak Lampir itu tidak dinyatakan secara jelas. Sebaliknya, Si Mak Lampir tu cuba menyalahkan 'Pak Menteri' dan juga Felda itu secara terbuka.

Apa yang jelas, dakwaan yang dilemparkan oleh Si Mak Lampir itu hanya sekadar untuk mengelirukan rakyat terutama generasi Felda yang hadir dalam sesi ceramahnya malam semalam.

Sambil menggambarkan generasi Felda hari ini sebagai golongan yang 'Tidak Berkembang', Si Mak Lampir tu juga cuba membayangkan bahawa generasi Felda itu masih berada ditakuk lama.
“Kalau bapak jolok sawit, adakah wajar anak juga perlu jolok sawit? Sepatutnya komoditi ini dibantu dan menerima pengiktirafan. Tetapi di negara kita peneroka dan pemilik ladang khususnya di Pahang masih lagi dalam keadaan ini,” katanya.
Hakikatnya, pelbagai usaha sudah pun dilakukan oleh pihak Felda bagi membantu generasi yang ada hari ini. Baik dari segi penambahan ekonominya, pendidikannya, mahupun kerjaya.

Si Mak Lampir tu jelas tidak menyatakan sumbangan yang telah diberikan oleh Felda kepada generasi - generasi Felda yang ada pada hari ini sehingga ada dikalangan mereka yang berjaya.

Ada yang berjaya menjadi Ahli Parlimen. Sebagai contoh, YB Anuar Manap yang mewakili BN dan Nasaruddin Tantawi merupakan generasi Felda yang berjaya mencapai kedudukan tersebut.

Selain itu, ada juga dikalangan anak - anak Felda yang berjaya memegang jawatan penting, seperti Pengurus Yayasan Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Tapi malangnya, semua itu tidak dinyatakan.

Apa yang pasti Si Mak Lampir tu bukan sahaja tidak menyatakan perkara yang sebenar. Sebaliknya dia hanya menyebarkan dakyah pembohongan dalam sesi ceramahnya malam semalam.

Sepatutnya, Si Mak Lampir tu perlu memberi motovasi kepada generasi Felda ni, bagaimana nak berjaya macam dia. Kalau dulu dia hanya seorang Penjual Buah ditepi jalan, tapi sekarang dah mampu memiliki kekayaan yang turun daripada langit!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping