Jumaat, Oktober 21, 2016

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin tampil dengan pendirian secara terbuka menolak sebarang hubungan kerjasama Politik yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hashim, dalam ucapan sulung di Kelantan selepas baru dua minggu dilantik menerajui jawatan tertinggi PAS itu, berkata parti itu sudah membuat pelbagai jenis kerjasama sebelum ini dan terbukti ia tidak memberikan hasil.

“Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi," katanya dalam majlis sambutan 26 tahun kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS, di Kota Bharu, malam tadi. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas merujuk usaha PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendekati PAS bagi memastikan tiada pertindihan kerusi di kalangan pembangkang menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Baru-baru ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya satu cara sahaja BN boleh dikalahkan iaitu dengan menggunakan satu simbol, satu manifesto dan satu calon melawan BN.

Pada awal 1990an, PAS pernah bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 di bawah Angkatan Perpaduan Ummah, gabungan yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah, sebelum beliau membubarkan parti itu. 

Selepas 2008, PAS turut serta dengan PKR dan DAP di bawah Pakatan Rakyat, gabungan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ditamatkan selepas pertikaman lidah PAS-DAP mengenai usaha memperkenalkan hudud.

Hashim berkata PAS tidak mahu lagi terus menjadi pengikut kepada mana-mana pihak kerana ia mahu menjadi pemimpin, bukan dipimpin.

“PAS tak boleh dah bagi orang lain duduk depan, orang dok pimpin kita, kita kena jadi pemimpin, PAS kena jadi pemimpin,” kata bekas pesuruhjaya PAS Perlis itu yang kini merupakan mursyidul am PAS yang ke-4 selepas kematian Datuk Dr Haron Din bulan lalu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping