Jumaat, Oktober 21, 2016

Kalau dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha PAS Pusat ni jelas menyindir pendirian yang dinyatakan Husam Musa sebelum ini yang mendakwa kononnya Allahyarham Nik Aziz akan ikut jejak dia menyertai Bershit 5.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Setiausaha PAS Pusat itu sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan turut serta dalam perhimpunan Bershit 5 yang dijadualkan bakal diadakan bulan depan di Ibunegara, Kuala Lumpur.

PAS melalui satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini telah membuat keputusan untuk tidak turut serta menyertai himpunan Bershit 5 yang dirancang oleh puak Pakatan kerana menganggap ia sudah jauh terpesong daripada agenda asal.

Setiausaha Agong Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu juga jelas kecewa dan masih tidak dapat menerima tindakan biadap beberapa orang peserta dalam perhimpunan terdahulu yang memijak gambar pemimpin PAS.
“Kita dijemput untuk hadir dalam mesyuarat dan wakil kita menjelaskan kepada penganjur yang kita tidak akan sertai mereka, antara  alasannya ialah kerana perjuangan himpunan ini sudah lari fokus asal.
“Pas juga yakin kalau arwah Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih ada, beliau selari dengan ketetapan parti. Kita masih ingat lagi apa yang dilakukan Bersih 4.0 dulu, gambar pemimpin Pas dipijak. Ia satu penghinaan dan sekarang mereka datang untuk pujuk pula. Apa jaminannya?,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin turut memberitahu, PAS ada menerima surat daripada Pengerusi Bershit, Maria Chin Abdullah dan dalam surat tersebut turut dinyatakan kekesalan berkenaan dengan tindakan memijak gambar pemimpin PAS itu.‎

Namun apa yang pasti, tindakan peserta Bershit itu diibarta sudah 'Terlajak Perahu'. PAS sama sekali tidak dapat menerima Penghinaan secara terbuka yang telah dilakukan oleh peserta Bershit itu terhadap pemimpin tertinggi parti mereka.

Dalam erti kata lainnya, kepimpinan PAS kini ternyata sudah semakin muak dengan wayang Politik Longkang yang dimainkan oleh puak Pakatan Haprak tu yang jelas hanya mahu mempergunakan ahli parti itu sebagai 'Keldai Tunggangan' mereka semata - mata untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi pihak tertentu!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Klu gmbar pemimpin pun dah kena pijak tak payah la Pas sertai Bersih yg tak bersih lgi tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping