Selasa, Oktober 11, 2016

Otai Reformis mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang kini cuba mempengaruhi Majlis Raja-raja dan Yang DiPertua Negeri untuk  menerima Deklarasi Rakyat, dalam usaha mendesak Perdana Menteri letak jawatan. 

Menurut Presidennya Saari Sungib, banyak pihak yang tidak tahu sejauh mana deklarasi ini mewakili secara keseluruhan suara rakyat kerana agenda yang dibawa tidak didedahkan kepada umum selain masih samar hingga kini.
"Apa locus-standi dia (Mahathir)? Apa asas dia? Adakah ia merupakan satu gesaan rakyat umum? Keseluruhannya bagaimana? 
"Selain daripada nak buat kebangkitan rakyat, kesedaran rakyat, itu kita biasa buat dengan hantar memo dengan harapan ia akan diambil kira. 
"Tapi Deklarasi Rakyat ni keseluruhannya tak semua orang (nyata) persetujuan. Contoh golongan reformis jalanan, mereka tak setuju," katanya kepada Antarapos.
Tun Mahathir sekali lagi didakwa ingin 'mencuba nasib' dengan menghantar surat kepada semua Majlis Raja - Raja dan Yang Dipertua Negeri memaklumkan mereka mengenai gerakan Deklarasi yang diketuainya sebelum ini.

Dalam laporan yang disiarkan melalui media, Bekas Perdana Menteri tu sebelum ini gagal untuk mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung deklarasi tersebut.

Menurut Tun Mahathir, surat yang dihantar pada 4 Oktober lalu itu merupakan diantara salah satu 'usaha' pihaknya untuk menjatuhkan Perdana Menteri memandangkan persidangan Majlis Raja-raja bakal bersidang esok.

Katanya, surat itu turut memaklumkan pertemuannya dengan YDPA di Istana Anak Bukit, Alor Setar, pada 15 September lalu dan juga mendakwa, Majlis Raja-raja dan YDPA mempunyai hak dalam perlembagaan untuk bertindak menangani masalah yang dihadapi rakyat.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Zaman tun dulu.ckp jngan jatuh kn kera jaan dgn reforbasi.sekarang boleh pulak.mana satu ni ikut ni.esok klu mukhris dh naik.boleh ke refor basi.madey ckp ape pulak.jngan refor basi.tk baik jatuh kn anak saya.berdosa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping