Rabu, Oktober 26, 2016

Nampak gayanya, Si Menteri Besar Selangor tu kini semakin dihimpit pelbagai kontroversi akibat ke-GAGAL-an dia menjadi pemimpin. Semakin hari semakin ramai dikalangan rakyat Negeri Selangor yang hilang kepercayaan terhadapnya.

Tambah memburukkan lagi keadaan ialah apabila Si Menteri Besar Selangor tu dilihat acapkali menggunakan alasan dan menyalahkan orang lain sebagai punca bagi menutup kemaluan serta kelemahan dirinya sendiri selaku pemerintah.

Bagi sesetengah pihak, mereka melihat tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu hanya satu langkah untuk menjadikan isu bekalan air di Selangor itu sebagai bahan jajaan Politik. Bukannya dia berhasrat nak selesaikan masalah rakyat.

Setelah sekian lama, masalah air di Selangor masih lagi tidak dapat diselesaikan dengan baik. Sehingga ke hari ini, sudah sebanyak enam kali loji air di Semenyih terpaksa ditutup kerana didakwa berlakunya masalah pencemaran yang berulang. 

Namun malangnya, selepas beberapa kali penutupan loji dibuat, keadaan kualiti air bersih di Selangor masih lagi berada dalam keadaan yang sama dan tetap menjadi masalah utama yang membebankan rakyat di sekitar kawasan yang terlibat.

Masalah air juga sudah lama membelenggu rakyat semenjak kerajaan PKR mengambil alih Selangor. Hal ini memberi gambaran jelas bahawa Si Menteri Besar Selangor tu gagal untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah ini dengan baik.

Persoalannya, bukan sahaja sudah enam kali loji ditutup, tetapi kenapa Rejim Pakatan Selangor juga tidak mahu melaksanakan projek pembinaan loji Langat 2? Sebaliknya mereka hanya tampil memberikan alasan yang bukan - bukan.

Perkara ini sudah beberapa kali diingatkan kepada Rejim Pakatan Selangor memandangkan loji air Langat yang sedia ada sudah tidak mampu untuk menampung jumlah kapasiti penduduk di Negeri itu yang semakin hari semakin kian bertambah.

Dan atas sebab itu juga, beberapa pihak tampil membuat desakan, sekiranya Si Menteri Besar Selangor itu masih lagi mahu melengahkan pembinaan loji air Langat 2, maka adalah wajar untuk dia mengundurkan diri dan meletak jawatannya. (Baca SINI)

Apa yang pasti, sudah jelas Si Menteri Besar Selangor itu GAGAL menyelesaikan masalah air. Bahkan kepincangan Rejim Pakatan Selangor sudah menjadi beban kepada rakyat, dan dia seharusnya bertanggungjawab dan melepaskan jawatan.

Sepatutnya isu air tidak perlu dipolitikkan kerana ia merupakan keperluan asasi manusia. Namun pihak Rejim Pakatan Selangor didakwa masih mahu menuding jari kepada pihak Kerajaan Persekutuan hanya kerana membangkitkan hal ini.

Secaralogiknya, Si Menteri Besar Selangor itu perlu memikirkan nasib rakyat dan memberi keutamaan kepada mereka daripada mahu terus berpolitik. Jika dilihat dari satu sudut, ramai lagi pemimpin lain yang lebih layak sekiranya dia tidak mampu nak selesaikan masalah rakyat dan tidak hanya menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping