Rabu, Oktober 19, 2016

Hebat Politik yang dimainkan oleh Si Menteri Besar Selangor ni. Kalau bab dia nak lepas tangan, memang dia cukup bijak. Setidak - tidaknya, takde la orang nak salahkan dia jika PKR tidak menyebelahi PAS dalam isu berkaitan dengan RUU 355.

Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat mula cenderung mengubah sokongannya kepada PAN dan menganggap PAS sebagai sebuah partu yang menyokong YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Tidak boleh bersekongkol dengan bapak perompak negara. Kita nyatakan ikrar, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN, rakyat akan menolak mereka pada pilihan raya akan datang,” katanya lagi.
Sokongan itu dizahirkan dalam satu ceramah anjuran PAN sempena ulang tahun pertama penubuhan parti itu di Selangor baru - baru ini. Malah Azmin juga beranggapan, PKR tidak boleh menerima pihak yang bersekongkol dengan Najib Razak.

Berkaitan dengan Rang Undang - Undang Mahkamah Syariah yang akan dibentangkan Presiden PAS, Haji Hadi Awang, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat cuba nak lepas tangan dan enggan masuk campur dalam keputusan mengenaninya.

Sebaliknya, Si Menteri Besar Selangor tu menyatakan bahawa keputusan sama ada mahu menyokong atau turut serta membantah cadangan Presiden PAS berkaitan dengan RUU 366 itu nanti akan ditentukan oleh Presiden PKR, Wan Azizah.
"Kita telah bincang panjang didalam PKR dan juga dalam Pakatan Harapan, pada petang ini Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pendirian yang akan diambil oleh Ahli-ahli Parlimen PKR dalam perbahasan (Akta 355) yang akan datang," katanya dalam sidang media di Bangunan SUK hari ini.
Jika dilihat dari satu sudut, tindakan Si Azmin melepaskan tanggungjawab itu kepada Wan Azizah memberi gambaran seolah - olah dia mahu melepas tangan dan tidak mahu dipertanggungjawabkan sekiranya wujud ketidak-puasan hati dikalangan ahli PAS.

Dalam erti kata mudahnya, kalau ahli PAS marah pada PKR, senang Si Menteri Besar Selangor tu nak berikan alasan bertaraf longkang dengan menunding jari dan menyalahkan Wan Azizah jika mereka membuat keputusan tidak menyokong RUU tersebut. Jadi, selamat la jawatan yang dia pegang pada ketika ini!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping