Rabu, Oktober 19, 2016

Heh! Kalau dah namanya Kaki Fitnah ye tak. Memang sampai ke sudah la diorang tak dapat nak larikan diri dari melakukan dosa tersebut secara terang - terangan. Sekarang diorang nak rakyat pulak turut serta tanggung dosa yang dilakukan.

Jika sebelum ini, Si Mat Sabu tu didapati bersalah oleh pihak mahkamah kerana menabur fitnah. Kali ini giliran Ahli Jawatankuasa PAN pulak berhadapan dengan tuduhan yang sama, didapati bersalah kerana membuat fitnah terhadap pihak Felda.

Dek kerana kesalahan yang dilakukan itu menyebabkan Si Mazlan Aliman didenda sebanyak RM 500 ribu, maka Si Mat Sabu ni menyeru agar rakyat Malaysia dapat membantu AJK parti Ternakan DAPigs itu untuk membayar ganti rugi tersebut.
AIDCNews -18/10/16 –Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu merayu orang ramai membantu Ahli Jawatankuasa PAN pusat, Mazlan Aliman yang memerlukan bantuan kewangan bagi membayar ganti rugi berjumlah RM500,000 setelah didapati memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu berkata, bantuan tersebut sangat diperlukan Mazlan yang berjuang atas kapasiti presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), untuk mengelak daripada kemungkinan bakal diisytiharkan muflis.

Beberapa tindakan undang-undang diambil ke atasnya dan tindakan saman yang akhirnya menyebabkan beliau telah diminta membayar tuntutan sebanyak RM500,000 semata-mata kerana tulisannya.


Sekiranya Mazlan tidak dapat mencari wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan. Dengan itu kami hadir merayu kepada orang ramai untuk membantu beliau,” kata Mat Sabu dalam sidang media Solidariti buat Mazlan Aliman di Kuala Lumpur, hari ini.
Inilah masalahnya dengan orang yang tak reti hukum hakam Islam. Yang buat salah pulak yang nak dibantu sedangkan kesalahan yang dilakukan itu adalah atas dirinya sendiri. Bukannya ada orang pun yang paksa dia menabur fitnah terhadap Felda.

Yang Si Mazlan Aliman tu suka - suka hati je menabur fitnah terhadap Felda tu sapa suruh? Siapa yang paksa dia membuat dakwaan dan tuduhan tanpa merujuk kepada bukti yang sah? Dia yang gatal sangat mulut nak membuat tuduhan.

Jadi sekarang Si Mat Sabu tu nak rakyat Malaysia pulak tanggung dosa yang telah dilakukan oleh Si Mazlan Aliman tu supaya diorang boleh sama - sama dipertanggungjawabkan diatas kesalahan tersebut? Kalau masih ada pihak yang nak membantu, kita ucapkan tahniah la. Sama - sama la kita berdoa semoga diorang ni terlepas dari hukuman diakhirat kelak!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Berani buat berani tanggung.

    BalasPadam
  2. Lu pandai buat lu tanggung lah

    BalasPadam
  3. Mintalah dengsn DAP, apa susah. Dia pun berjuang pada agenda DAP untuk pecah belah orang melayu FELDA.

    BalasPadam
  4. Tu la...masa nak tuduh org tak fikir dulu.Kan dah kantoi.

    BalasPadam
  5. Padan muka..siapa nak bagi derma..masa ko fitnah orang ko tak fikir semua ni. ..Bangsat

    BalasPadam
  6. Alaaa..jatuh muflis je pun,bukan hukum gantung kannn...hahaha.sendiri tanggung le.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping