Ahad, Oktober 16, 2016

Nampak gayanya, api kemarahan PAS terhadap DAPigs dan PAN semakin membara sehingga membuatkan parti itu tampil memberikan amaran keras kepada PKR berhubung isu pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

PAS Pahang memberi amaran keras kepada PKR, jika parti itu gagal mengawal DAP dan PAN yang bersekutu dalam Pakatan Harapan, maka bersiap sedialah pertandingan tiga penjuru atau lebih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Kata dua itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar yang juga merupakan ADUN Tanjung Lumpur dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
“PAS bukan sahaja bersedia untuk bertanding 3 penjuru, malahan beberapa penjuru sekali pun dan inilah juga kesediaan di peringkat akar umbi PAS.
PAS nekad untuk bertegas apatah lagi setelah pengerusi DAP Pahang mengeluarkan kenyataan menghina kepimpinan PAS dan menghalau PAS keluar dari bumi Pahang dalam ucapannya di Raub baru-baru ini. Kenyataan ini sangat menghiris hati ahli PAS,”katanya.
Ustaz Rosli berkata demikian sebagai mengulas kenyataan biadap Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah yang disiarkan akhbar Sin Chew Jit Poh 10 Oktober.

Dalam kenyataan itu, DAP Pahang telah menghalau PAS agar kembali semula ke Kelantan yang didakwanya parti yang melakukan ‘pengkhianatan’ apabila mahu meneruskan agenda Negara Islam dan hukum hudud.

Mengulas kenyataan itu Ustaz Rosli berkata PAS tiada hubungan dengan DAP, namun jika rakan tahaluf siasi PAS yakni PKR gagal mengawal rakan sekutunya, sama ada DAP atau PAN dalam soal pembahagian kerusi hingga bertanding di kawasan kerusi milik parti Islam, maka pada ketika itu hubungan PAS dengan PKR juga akan turut terputus.
“PAS tidak mungkin akan menerima Pakatan Harapan selagi di dalamnya ada DAP dan PAN. Walaupun di dalamnya ada PKR yang sangat mesra dengan PAN, tapi masih bertahaluf dengan PAS, PAS tidak mungkin akan bertolak ansur untuk membenarkan Pakatan Harapan bertanding di kerusi PAS.
“PKR dan DAP boleh berbincang sesama mereka untuk memberikan kerusi mereka kepada PAN, bukan ambil kerusi PAS, PAS tidak akan bertanding di kerusi PKR bertanding, namun PAS Pahang tegaskan sekali lagi bahawa PAS Pahang akan bertanding di mana-mana kerusi sekalipun termasuk kerusi yang ditandingi PKR jika ada salah satu kerusi PAS dicerobohi oleh Pakatan Harapan,”katanya.
Rosli Jabar juga turut menegaskan bahawa PAS Pahang tidak akan menyerahkan walau pun satu kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu kepada mana - mana komponen Pakatan Haprak tu, terutama dikalangan DAPigs dan PAN yang menganggap PAS sebagai Pengkhianat kepada Pakatan sebelum ini!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Jgn beri muka kpd Dap dan parti ternakannya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping