Sabtu, Oktober 15, 2016

Heh! Nampak gayanya, PAS sekarang dah semakin berani dan lantang mengkritik puak PKR tu secara terang - terangan sejak diorang dikhianati oleh pemimpin parti itu yang sebelum ini melabelkan mereka sebagai Pengkhianat.

Sekarang PAS bukan sahaja dilihat bergaduh dengan DAPigs dan juga PAN. Malah PAS juga dilihat semakin terbuka membuat kenyataan memperlekeh kemampuan PKR secara terbuka dengan mempertikai pengaruh Si Ketua Penipu tu.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, PAS menganggap Si Ketua Penipu tu telah GAGAL menjadi 'Kepala' dalam menyatukan parti - parti dikalangan pembangkang di Malaysia.

Malah bagi PAS, Si Ketua Penipu tu tidak dianggap sebagai seorang manusia yang 'Luar Biasa' sepertimana yang didakwa oleh PKR selama hari ini. Sebaliknya, mereka menganggap Si Ketua Penipu tu sebagai seorang manusia 'Biasa'.

Tambah Ketua Penerangan PAS Pusat itu lagi, parti itu bertindak bukan atas dasar individu semata - mata. Tetapi parti itu mendakwa bahawa mereka hanya boleh bekerjasama dengan mana - mana pihak atas dasar Islam.
“Masalah kita pada hari ini hanya bergantung kepada orang dan individu untuk satukan manusia. Individu itu mungkin banyak buat silap.
“Islam lebih kuat untuk menyatukan manusia, bukan individu. Kita tidak perlukan individu untuk menyatukan manusia. Kita perlukan Islam untuk menyatukan tidak kira siapa, ” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang dahulunya PAS kini telah melompat parti ke dalam PKR.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata jika Anwar bebas sekalipun dia masih belum mampu untuk menyakinkan PAS supaya bersatu dengan parti pembangkang lain.
“Untuk bergabung dengan PKR mungkin ada tetapi untuk satukan semua pembangkang itu agak sukar,” katanya.
Dalam erti kata lain, PAS juga beranggap yang Si Ketua Penipu tu juga tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak tu menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Kot sekarang pun dia tak mampu nak satukan mereka, inikan pulak bila dah dapat kuasa nanti. Memang jahanam la jawabnya!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Memang Anwar tak layak jdi pm pun.

    BalasPadam
  2. PAS macam ni la yang kita mahu kan, lantang bersuara tapi secara tertib dan sopan. Bukan macam PAN dan Mat Sabu tukang kipas DAP dan kurang ajar tak ada disiplin.

    BalasPadam
  3. Bukan nak kutuk lah...
    Muka pelaku video besi dan sempat jd khatib...
    Nak dijadikan pm???

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping