Tiga Ahli Dewan Undangan Negera (ADUN) yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak semalam tampil menafikan laporan yang mendakwa mereka akan meninggalkan parti itu untuk bersama - sama menyertai parti tempatan.
ADUN Ba'Kelalan, Baru Bian yang juga merupakan Pengerusi PKR Sarawak mengulangi pendirian beliau bersama ADUN Batu Lintang dan ADUN Krian tidak akan sesekali bertindak menyertai Parti Bumi Kenyalang (PBK).
"Pendirian kami seperti dimaklumkan oleh Chee How sebelum ini. Kami kekal bersama PKR," kata Bian pada Jumaat.
Pada 3 Oktober lalu, Chee How berkata, ketiga - tiga ADUN PKR itu tetap akan kekal bersama PKR serta Pakatan Harapan dan sekaligus menafikan sebarang kemungkinan mereka akan keluar parti seperti mana yang didakwa.
Isu berkaitan dengan status tiga orang ADUN PKR itu tercetus selepas laporan akhbar tempatan yang melaporkan kemungkinan mereka terbabit bertemu dengan pucuk kepimpinan PBK untuk berbincang menyertai parti itu.
Khabar angin itu juga turut menambah, perbincangan tersebut bermula selepas tindakan beberapa orang ahli politik di Sabah keluar dari PKR, DAP dan Umno untuk menyertai parti tempatan bagi memperjuangkan hak Negeri.
Pemimpin PKR dan DAP yang bertindak keluar parti sebelum ini mengambil keputusan tersebut dengan alasan mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada isu - isu Politik tempatan, khususnya bagi masyarakat di Sabah sendiri.
Dalam erti kata lainnya, penafian yang dibuat oleh ADUN yang mewakili PKR itu seolah - olah memberi gambaran bahawa mereka lebih mengutamakan parti Politik dari Semenanjung dari nak memperjuangkan kepentingan rakyat dikawasan mereka sendiri. Mungkin diorang suka gamaknya jadi 'Barua PKR'!!!
Barua2 UMNO macam mana pula? Macam hang la!
BalasPadam