Isnin, Oktober 10, 2016

Hahaha!!! Muka je nampak toya. Tapi kalau sekali dia libas, makan tanah dibuatnya. Bila dia beri sindiran pun muka dia tetap sama. Orang lain je yang tengok dia serabut tak tentu arah macam orang yang tak terurus sebab tak cukup tidur.

Tapi sekali Si Khalid Ibrahim ni bukak mulut, memang bau longkang beb. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Menteri Besar Selangor ni semalam, dia dengan selamba je menyindir puak Bershit 5 yang nak buat perhimpunan tu.

Kata Si Khalid Ibrahim, perhimpunan yang dianjurkan puak Bershit 5 tu memang tak mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat diperingkat bawahan secara menyeluruh. Sebaliknya, ia hanya mengabiskan masa tak tentu arah.

Ujarnya, masih ramai rakyat yang ketinggalan daripada segi pendidikan serta ekonomi yang memerlukan perhatian. Sepatutnya, itu yang diperjuangkan oleh wakil rakyat. Nak pulak bila Pilihan Raya Umum dah nak dekat ni.
“Saya rasa sekarang tak perlu kita adakan perarakan jalanan. Masalah rakyat sekarang ini ialah masalah kemiskinan, jurang antara kaya dan miskin.
“Kalau BERSIH datang gunakan tenaga mereka untuk mencari kampung-kampung yang miskin dan gunakan kumpulan pakar supaya cari jalan untuk mereka dibangunkan supaya kemiskinan itu dapat dihindari, ia lebih baik.
“Lagipun tidak lama lagi, tidak lebih dari dua setengah tahun kita akan menghadapi PRU14. Jadi tak perlulah sibuk perkara tersebut (perhimpunan BERSIH) tapi kena tunjuk parti-parti yang berminat untuk memperjuangkan rakyat,” katanya.
Apa yang jelas, kenyataan Si Khalid Ibrahim tu jelas ditujukan kepada pemimpin - pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu yang sanggup mempergunakan Bershit 5 sebagai Keldai Tunggang mereka secara terang - terangan.

Dalam erti kata mudahnya, Si Khalid Ibrahim tu seolah - olah memberikan gambaran bahawa dasar perjuangan puak Pakatan Haprak ni hanya tertumpu kepada isu Politik semata - mata demi untuk menjaga kepentingan peribadi mereka sendiri. Bukannya diorang nak menjaga kebajikan rakyat sangat pun!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Aku cadangkan semua gerakan bersih berkumpul di selangor tolong rakyat angkat air naik ke rumah lagi baik, ada gak faedah nampak berkebajikan dan bersih tulus.


    BalasPadam
  2. Betul ke Bersih tu bersih...kot2 bnyk kotor drpd bersih.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping