Khamis, Oktober 20, 2016

Kalau Shafie Apdal tampil menyatakan ketidak-terujaannya menyokong usul meminda Rang Undang - Undang Mahkamah Syariah, RUU 355 yang dibentangkan oleh Hadi Awang sebelum ini, takde la kita rasa hairan sangat dengan dia.

Mungkin Shafie Apdal boleh berlagak sedemikian rupa kerana dia sendiri tau bahawa PAS tidak mempunyai sebarang pengaruh yang kuat di Sabah. Maka jika dia tidak menyokong usul PAS itu, kedudukan parti dia di Negeri itu tidak akan terjejas.

Tapi, bagaimana pula dengan parti PPBM yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin? Adakah dia juga akan menyatakan pandangan yang sama seperti Shafie Apdal? Adakah dia akan menyokong usul yang dibentangkan oleh Presiden PAS itu sebelum ini?

Sudah pasti, pembentangan usul RUU 355 yang dibuat oleh Hadi Awang itu akan menjadi 'Tanda Aras' kepada sokongan PPBM terhadap perjuangan. Ianya akan menjadi satu ujian besar bagi PPBM jika mereka mahu bekerjsama dengan PAS.

Sebelum ini, Presiden PPBM tu tampil membuat desakan dan merayu agar PAS memberi laluan kepada mereka untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Malah Muhyiddin juga menyeru agar PAS kembali menyokong Pakatan.

Maka persoalannya, sejauh mana keghairahan Muhyiddin yang mahu sokongan serta dokongan dari PAS itu? Adakah dia sanggup menyokong usul RUU 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS sebagai bukti keikhlasannya terhadap parti itu? ATAU, adakah Muhyiddin terus bermain wayang dengan PAS seperti mana yang dilakukan oleh PKR pada ketika ini???
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal memilih untuk tidak menyokong usul hudud Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika ia dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.

Bekas naib presiden Umno itu berkata, pendiriannya berhubung perkara itu sama seperti Sarawak.

"Biar jelas, saya tidak akan menyokongnya," kata Shafie kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau juga berkata bahawa kerajaan perlu untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Sabah. Shafie merujuk kepada Rang Undang-Undang Persendirian yang akan dibentang Abdul Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah). 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping