Khamis, Oktober 20, 2016

Dikala puak Pakatan Haprak tu sibuk nak memastikan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum akan datang tidak berlaku, lain pula pandangan yang diberikan oleh segelintir penyokong PAS yang melihat keadaan itu sebaliknya.

Dikalangan mereka ini cukup jelas dengan sikap optimis terhadap keadaan tersebut sehingga ada yang berpendapat, sekiranya pertandingan tiga penjuru itu berlaku, pihak yang akan mendapat keuntungan paling besar adalah PAS itu sendiri.

Pandangan itu diberikan tatkala beberapa pemimpin parti Ternakan DAPigs yang dilihat tetap dengan pendirian mereka mahu merampas beberapa kerusi PAS dalam Pilihan Raya Umum akan datang dengan alasan mereka sebahagian dari Pakatan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, pemimpin PAN dilihat tetap berdegil dengan keputusan mereka mahu mengekalkan status quo yang dipersetujui melalui Pakatan sebelum ini dan menganggap diri mereka sebagai pengganti PAS.

Namun bagi PAS, mereka tidak akan sesekali berganjak dari melepaskan kerusi mereka kepada parti Ternakan DAPigs itu dan tidak mahu berkompromi dengan mana - mana pihak yang bertindak sebaliknya. Waima dengan PKR sekali pun.

Perkara itu dilihat dengan jelas apabila Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan bahawa parti itu tidak akan tunduk kepada desakan PKR yang mahu berkompromi dalam isu berkaitan dengan pengagihan kerusi Pilihan Raya Umum akan datang.

Bagi sesetengah penyokong PAS, mereka beranggapan kedegilan pemimin PAN yang sebelum ini ghairah mahu merampas kerusi PAS hanya sekadar berangan - angan kosong kerana mereka yakin, PAN tidak mempunyai jentera yang mencukupi.
"Kalau PAS bertanding menentang Barisan Nasional dan PAN, sudah pasti PAS akan mempunyai kelebihan untuk menang memandangkan PAN tidak mempunyai jentera yang secukupnya untuk berhadapan dengan Barisan Nasional.
"Dalam masa yang sama, Barisan Nasional juga mempunyai kemelut kepimpinan mereka sendiri dan akhirnya keadaan itu akan menguntungkan PAS. Jadi, belum tentu lagi kalau tiga penjuru berlaku, PAS akan kalah dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang," kata salah seorang penyokong PAS.
Secara kesimpulannya, PAS tetap beranggapan yang mereka masih mempunyai peluang yang cukup cerah untuk menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang walaupun pelbagai pihak meramalkan bahawa parti itu akan kecundang.

Apa yang pasti, sikap optimis dikalangan penyokong PAS ini dilihat sangat jauh berbeza dari pandangan yang diberikan oleh pemimpin PAN serta puak Pakatan Haprak yang lain. Mereka jelas memberikan gambaran seolah - olah mereka takut dengan bayang - bayang dan tidak yakin dengan kemampuan diri mereka sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Klu tengok situasi hri ini BN masih lgi bleh menguasai Putrajaya dlm pru 14.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping