Jumaat, Oktober 21, 2016

Kalau bab nak memberi alasan bertaraf Longkang semata - mata untuk mengelirukan rakyat, memang tak de orang lain yang mampu lawan dengan puak PKR ni. Hanya diorang sahaja yang mampu untuk mencipta Seribu Satu alasan sedemikian.

Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan PKR ini membuktikan bahawa parti itu tidak ikhlas dalam memberikan sokongan kepada PAS walaupun pada masa yang sama kepimpinan parti itu masih lagi mengharapkan bantuan PAS.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila PKR terus dilihat cuba mengelakkan diri dari terjerat dalam ujian kesetiaan dan keikhlasan yang dipasang oleh PAS melalui cadangan pindaan Ran Undang - Undang Mahkamah Syariah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, PKR dilihat cuba memberikan alasan kononnya parti itu akan menunggu penjelasan dan pembentangan berkaitan dengan cadangan itu sebelum mereka membuat keputusan mengenainya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PKR itu menyatakan bahawa mereka perlu menantikan penjelasan dari Presiden PAS serta pendirian Perdana Menteri bagi memberi jaminan agar hak - hak didalam Perlembagaan akan dilindungi.
"Pendirian PKR untuk RUU 355 dibahaskan adalah bersyarat bahawa mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti mematuhi dan memenuhi prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan dalam Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia," katanya.
Secara tidak lansung, alasan yang dikeluarkan oleh PKR itu membuktikan bahawa mereka tidak serius dalam memberikan sokongan kepada PAS sedangkan mereka mengharapkan hubungan kerjasama Politik dengan parti itu berkekalan.

IRONIKnya, masa diorang nak mintak sokongan, PAS tak boleh pulak meletakkan syarat. Sebaliknya, bila PAS nak mintak diorang sokong cadangan pindaan RUU 355 yang telah dibentangkan, boleh pulak diorang bagi syarat yang bukan - bukan.

Dalam erti kata lainnya, PKR hanya mahu mempergunakan PAS apabila mereka berada dalam keadaan terdesak tapi pada masa yang sama, apabila PAS memerlukan sokongan dari mereka, PKR boleh pulak mengambil sikap 'Tunggu dan Lihat'. Kiranya PAS je yang kena bantuan diorang tapi diorang tak berhutang budi dengan PAS!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping