Jumaat, Oktober 21, 2016

Memang dasar manusia tak sedar diri sungguh Si Guan Eng ni rupanya. Suka betul dia hidup dalam dunia fantasi sampai tak jejak dibumi yang nyata. Mungkin Si Guan Eng ni terasa yang dia duduk diawang - awangan kot. Tu pasal la.

Tapi, kalau kita baca kenyataan yang dibuat oleh Si Guan Eng ni, mungkin ada betul juga dengan apa yang dinyatakan Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu. Mungkin Malaysia merupakan sebuah Negara yang paling banyak berlaku amalan rasuah.

Sejak kebelakangan ini, banyak juga kita dengar cerita pihak SPRM membuat penahanan dan tangkapan bagi kes yang berkaitan dengan rasuah ni. Dan kebanyakkan kes yang dilaporkan melibatkan kakitangan serta pegawai - pegawai Kerajaan.

Maka jika Si Guan Eng ni kata di Malaysia ni banyak berlaku amalan rasuah, secara tidak lansung dia menuduh kakitangan dan pegawai - pegawai Kerajaan ni semuanya mengamalkan rasuah juga. Tak kira la diorang kerja dalam sektor apa pun.

Asalkan diorang kerja Kerajaan, sudah pasti Si Guan Eng ni akan memberikan gambaran seolah - olah mereka ini terdiri dari golongan pengamal rasuah di Malaysia. Tapi itu pun masih ada lagi kakitangan Kerajaan yang sokong puak Pakatan ni?

Apa yang jelas, tuduhan yang telah dilemparkan oleh Si Guan Eng tu ternyata satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang hanya nak memburukkan imej kakitangan Kerajaan serta nama baik Negara didalam mahupun diluar Negara.

Tapi hakikatnya Si Guan Eng tu lupa yang pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu ada juga yang terlibat dengan rasuah. Termasuk diri dia sendiri yang sebelum ini telah didakwa oleh pihak SPRM dimahkamah dalam dua kes rasuah.

Si Guan Eng tu pada ketika ini sedang menunggu tarikh perbicaraan bagi kes rasuah pembelian rumah banglow mewah 'Terlajak Murah' yang dibeli dari seorang peniaga yang mempunyai kepentingan dalam projek Rejim DAPigs Pulau Pinang.

Tapi yang IRONIKnya, bila Si Guan Eng tu didakwa oleh pihak SPRM kerana mengamalkan rasuah, pandai pulak dia pusing cerita dan menuduh kononnya pendakwaan itu merupakan satu bentuk 'Konspirasi Politik' yang nak menjatuhkan dia?

Itu kes yang kantoi dan sedang menunggu perbicaraan mahkamah. Kes yang dilaporkan sebelum ini yang melibatkan pemimpin Pakatan di Selangor belum kita cerita lagi. Heboh orang pertikaikan mengenai sumber kekayaan Si Mak Lampir tu di Selangor.

Malah Setiausaha PKR sendiri pun pernah tampil membuat laporan SPRM yang mendakwa ada dikalangan pemimpin parti itu yang bukan sahaja terlibat dengan amalan rasuah dalam bentuk wang, bahkan ada juga yang terlibat dengan 'Rasuah Betina'.

Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang siasatan yang dilakukan terhadap dakwaan yang dibuat. Malah puak Pakatan Haprak tu sendiri hanya sekadar mendiamkan diri dan menutup mulut berhubung amalan rasuah yang dilakukan.

Itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak ni bukan sahaja terdiri dari kalangan pemimpin yang Hipokrit serta mengamalkan dasar Politik Retorik semata - mata. Tetapi dalam masa yang sama, mereka menonjolkan sifat Dwi Standard dan sikap MUNAFIK yang cukup tebal dalam diri mereka sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping