Sabtu, Oktober 15, 2016

Pendirian terbaru Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersabit Tun Dr Mahathir Mohamad akan mewujudkan konflik di kalangan sebahagian penyokong parti itu, kata penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Beliau merujuk kepada kenyataan Wan Azizah yang tidak lagi memendam perasaan atas perbuatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kelembutan itu barangkali sebagai persetujuan mencari konsensus pergerakan perjuangan. Namun (pertama) penyokong juga kena terima, adakah mereka bersedia untuk bergerak ke zaman pasca-1998, keduanya adakah mereka akan melakukan undi protes ke atas parti mereka sendiri dan ketiga sejauh mana masing-masing bersedia mengenepikan apa sahaja yang berlaku semata-mata perjuangan politik. 

"Jika keputusan diambil bersifat politik, maka kesannya juga besar sebab apa sahaja keputusan akan memberi impak sementara," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Wan Azizah sebelum ini menyatakan bahawa dirinya tidak lagi memendam perasaan atas perbuatan mantan perdana menteri itu yang memecat suaminya, Anwar Ibrahim pada 1998 dan mengakui hatinya terguris namun sedar bahawa manusia biasa tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Merujuk perkembangan terbaru itu, Sivamurugan tidak menolak bahawa ia mungkin berkaitan dengan kepentingan politik yang cuba diraih pembangkang, apatah lagi dalam cabaran berdepan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Jika kita lihat Anwar juga bersedia berjumpa Mahathir, barangkali tidak mengambil masa yang panjang untuk melihat Wan Azizah untuk bersama. 

"Dalam politik tidak ada lawan atau kawan sebab semua ada kepentingan. Apa sahaja pendekatan akan digunakan untuk memenuhi tuntutan kepentingan tersebut. Ada kalanya kita boleh menjadi kawan kemudian jadi lawan politik, begitu juga boleh menjadi kawan semula," ujar Sivamurugan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping