Rabu, Oktober 19, 2016

Heh! Nampak gayanya kepimpinan PKR masih lagi memainkan alasan yang setaraf dengan Longkang dalam usahanya untuk mengekalkan kerjasama Politik dengan PAS sehingga mereka dilihat seolah - olah cuba nak mempermainkan parti itu.

Jika sebelum ini, seorang pemimpin kanan PKR tampil membuat dakwaan bahawa mereka sudah serik menjadi mangsa Pengkhianatan yang kerap kali dilakukan oleh PAS selama mereka masih menjalinkan kerjasama dalam Pakatan tu.

Namun, Presiden PKR dalam satu kenyataan yang lain masih lagi dilihat optimis dengan sokongan dari kepimpinan PAS dan menganggap parti itu tetap menjadi rakan sekutu dalam Pakatan Haprak yang turut disertai oleh DAPigs dan PAN.

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Presiden PKR itu tidak berpaksi kepada realiti dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Sebaliknya ia dibuat hanya berdasarkan kepada igauan dan angan - angan kosong Si Wan Azizah tu semata - mata.

PKR sehingga ke hari ini hanya sekadar mempergunakan PAS demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri memandangkan parti itu tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat seperti mana parti PAS dan juga DAPigs.

Dan dalam masa yang sama, PKR juga masih GAGAL menunjukkan keikhlasan mereka dalam menyokong dasar perjuangan PAS yang ditolak oleh DAPigs, terutama bagi cadangan pindaan Akta Rang Undang - Undang Mahkamah Syariah.

Cadangan pindaan berkaitan dengan RUU 355 itu telah dibuat oleh Presiden PAS bagi mengukuhkan kuasa Mahkamah Syariah, khususnya di Kelantan sebelum ini telah mendapat tentangan yang cukup hebat dari puak DAPigs dan PAN.

Sejak cadangan itu dibentangkan, DAPigs dan parti Ternakannya seringkali menjaja serta membuat dakwaan kononnya cadangan pindaan yang dibentangkan oleh Presiden PAS itu merupakan langkah untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Tindakan yang dilakukan oleh DAPigs dan rakan sekutu kuatnya dalam Pakatan itu menimbulkan keraguaan dan kekeliruaan dikalangan rakyat. Namun malangnya PKR hanya sekadar dilihat cuba berpeluk tubuh dan enggan masuk campur.

Sehingga ke hari ini, PKR masih lagi tidak bersuara dan tidak menyatakan pendirian mereka secara terbuka berkaitan dengan pindaan RUU 355 itu. Malah parti itu dilihat masih lagi cuba nak bermain teka - teki dengan rakyat secara umum.

Pendirian PKR yang dilihat cuba bersikap berkecuali itu menyebabkan rakyat menjadi berbelah bahagi serta menimbulkan persepsi yang agak skeptikal. Rakyat mula melihat ketidak-ikhlasan PKR terhadap kerjasama mereka dengan PAS.

Maka tidak salah sekiranya ada dikalangan rakyat, bahkan dikalangan penyokong Pakatan Haprak tu sendiri dah mula dapat menghidu agenda sebenar PKR yang hanya mahu mempergunakan PAS sebagai 'Keldai Tunggangan' mereka semata - mata. Dan ternyata, pindaan RUU 355 itu menjadi satu ujian yang cukup besar buat PKR pada ketika ini!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping