Rabu, Oktober 19, 2016

Bagi sesiapa yang tinggal di Kuantan, sudah pasti mereka sendiri akan tertanya - tanya, ke mana hilangnya kelibat Ahli Parlimen Kuantan itu sendiri. Semakin hari semakin hilang peranan Si Ahli Parlimen tersebut sebagai seorang 'wakil rakyat'.

Tidak seperti sebelum ini dimana Si Ahli Parlimen Kuantan itu dilihat bergiat aktif menganjurkan program. Maka keadaan itu membangkitkan pelbagai spekulasi dikalangan masyarakat dan mendakwa Si Ahli Parlimen itu dalam keadaan 'tenat'.

Secara umumnya, semua orang tau yang Si Ahli Parlimen Kuantan itu menghidapi penyakit kronik yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Kemungkinan besar keadaan itu membuatkan dia kurang aktif turun padang.

Sejak kebelakangan ini, jarang kita dengar nama Si Ahli Parlimen Kuantan ni. Jarang juga dilihat kelibat dia di Kuantan. Malah nama dia juga semakin tenggelam dipersada Politik Tempatan sehingga ada juga yang bertanya, "Hidup lagi ke dia?"

Desas desus juga turut kedengaran bahawa Si Ahli Parlimen Kuantan tu dah takde nafsu nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Khabar angin mengatakan yang dia akan melepaskan kerusi Parlimen Kuantan kepada orang lain.

Antara nama yang menjadi sebutan menggantikan Si Ahli Parlimen Kuantan itu ialah Bekas Pak Timbalan Menteri "Politik Baru" yang pada ketika ini menjadi Setiausaha Agung Pakatan Haprak, jawatan yang diwujudkan khusus untuk dia seorang.

Namun dengar katanya, cadangan nama Bekas Pak Timbalan Menteri itu tidak dipersetujui oleh pelbagai pihak diperingkat akar umbi. Malah ada juga yang kata, nama tersebut tidak mendapat perkenan dari Si Ahli Parlimen Kuantan itu sendiri.

Jika selama hari ini, jentera PKR seringkali mengharapkan bantuan dan sokongan dari PAS. Namun semenjak PAS dituduh sebagai Pengkhianat oleh pemimpin kanan PKR baru - baru ini, kecenderungan jentera parti itu menyokong PKR kian luntur.

Nak pulak selepas Pesuruhjaya PAS Pahang tampil membuat keputusan untuk tidak berganjak dari keputusan yang dibuat sebelum ini dan enggan memberikan laluan kepada PAN bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Keadaan itu sedikit sebanyak merencatkan sokongan dikalangan ahli Pakatan Haprak kepada PKR dan seterusnya menyebabkan jentera parti itu kian lemah semangat. Kalau diorang buat program pun tak ramai yang akan datang turut serta.

Jadi, tak heran la jika kita dengar cerita puak Pakatan Haprak tu sedang merancang nak buat perhimpunan "Road To Bershit 5" di Kuantan tak lama lagi. Ada kemungkinan besar, perhimpunan itu adalah untuk kembalikan semangat ahli PKR Kuantan yang semakin hari dilihat semakin bertambah lesu tanpa sokongan dari PAS!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping