Sabtu, November 19, 2016

Heh! Nampak gayanya PAS masih tak cukup puas hati dengan hanya sekadar mengeluarkan arahan secara terbuka dan mendedak supaya ahli - ahli diperingkat akar umbi agar tidak menyertai Perhimpunan Bershit yang dijadualkan pada hari esok.

Jika sebelum ini, PAS telah membuat keputusan untuk tidak menyertai Perhimpunan tersebut. Malah Unit Amal PAS juga turut melarang ahli - ahlinya agar tidak turut serta bersama - sama dengan puak Pakatan Haprak tu dalam kenyataan hari ini.

Kali ini, tiba giliran Ketua Penerangan PAS Pusat pulak tampil memberikan penjelasan sebagai justifikasi terhadap punca pengecualian ekoran tindakan dan keputusan yang telah diumumkan oleh pucuk pimpinan parti itu sebelum ini.

Kalau sebelum ini, pendirian dikalangan pucuk pimpinan PAS menyatakan bahawa keengganan mereka menyertai perhimpunan tersebut adalah disebabkan agenda yang dibawa oleh Bershit kali ini sudah jauh menyimpang dari tujuan asal.

Umpama mencurah garam pada luka yang terbuka, Si Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa bahawa partinya kini lebih cenderung mengambil pendekatan berbeza bagi menuntut Pilihan Raya yang bersih.

Dan dalam masa yang sama, dia juga turut menyatakan bahawa pada tarikh yang sama, PAS juga sudah mempunyai komitmen yang jauh lebih penting dari menyertai perhimpunan anjuran NGO yang ditaja dengan menggunakan Dana Yahudi itu.
“Pas sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada beberapa aktiviti besar yang telah diatur seperti Ijtimak Tarbawi 5.0 dan Fastaqim 2.0. Pas juga tidak mahu terjebak dengan politik konfrontasi yang mencetus kekasaran, pergaduhan dan menyusahkan rakyat,” katanya dalam sebuah paparan skrin yang dikongsikan menerusi Facebooknya, semalam.
Namun, alasan yang diberi oleh Ketua Penerangan PAS itu sudah pasti akan dibidas semula oleh pengikut - pengikut Pakatan Haprak yang tidak sehaluan dengan PAS pada ketika ini. Nak pulak dari kalangan DAPigs dan parti Ternakannya.

Paling tidak, sudah tentu akan ada suara - suara sumbang yang akan mendakwa Si Ketua Penerangan PAS Pusat tu hanya nak selamatkan dirinya sendiri. Sebelum ni sertai Bersih sebab nak menang Piihan Raya. Bila dah menang, lain pulak jadinya.

ATAU, alasan yang paling popular digunakan pada ketika ini, sudah pasti PAS akan dituduh menjadi 'Pemakan Dedak' hanya kerana parti itu membuat keputusan enggan menyertai Himpunan Bershit yang dianjurkan oleh NGO Pro Yahudi tu.

Tapi, walau apa pun alasan yang diberikan, apa yang pasti, tindakan PAS yang tetap berdegil enggan turut serta dalam perhimpunan yang dijadualkan bakal diadakan esok membuktikan bahawa agenda Bershit itu sudah tidak Relevan. Sebaliknya mereka hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi pihak tertentu sahaja!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Sebagai parti Islam eloklah Pas tak trlibat dgn gerakan yg dananya disumbang oleh yahudi.

    BalasPadam
  2. Sebagai parti Islam eloklah Pas tak terlibat dgn perhimpunan yg dananya ditaja yahudi.

    BalasPadam
  3. Sebenarnya PAS sedang ke arah usaha yang mirip cara yang dikehendaki oleh Nabi s.a.w

    Alhamdulillah ....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping