Jumaat, November 18, 2016

Hahaha!!! Nampak gayanya Anak Ikan Si Mak Lampir ni bukan sahaja tak dapat nak melarikan diri dari menjawab kontroversi berkaitan dengan kekayaan luar biasa yang dimilikinya sebelum ini. Malah dia juga turut memalukan dirinya sendiri.

Dalam sidang media yang diadakan hari ini Ketua Pemuda AMK Ampang merangkap Si Anak Ikan Mak Lampir tu hanya berjaya menimbulkan lebih banyak persoalan dikalangan rakyat apabila dia tidak menjawab beberapa soalan yang diajukan.

Ketika ditanya oleh pihak media tentang jenis perniagaan yang dijalankan sehingga mampu memiliki kekayaan luar biasa seperti yang didedahkan, Anak Ikan Si Mak Lampir tu enggan mengulasnya dan memberitahu bahawa ia perkara peribadi.
"Ia isu peribadi. Saya rasa tak perlu jelaskan pada media apa perniagaan saya dan di mana saya lakukan, kerana ini peribadi dan bila ia diviralkan ini bahaya untuk perniagaan saya.
"(Tetapi) saya beri jaminan kerjasama baik pada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk siasat dan bertanya sebarang soalan dan saya akan nyatakan segala dokumen mengenai perniagaan saya," katanya.
Malah apabila ditanya sama ada benar dia terlibat menjalankan perniagaan eksport perabot, Si Anak Ikan Mak Lampir itu juga tidak menjawabnya dan memberikan alasan yang dia hanya akan jawab soalan itu kepada pihak tertentu sahaja.

Tak nak jawab soalan mengenai jenis perniagaannya satu hal. Si Anak Ikan Mak Lampir itu juga dilaporkan turut ditanya sama ada dia bersedia atau tidak untuk mengisytiharkan hartanya secara terbuka seperti mana yang didesak oleh Rafizi.

Jawapan yang diberikan Si Anak Ikan Mak Lampir tu, dia besedia untuk melakukannya. TETAPI dalam masa yang sama, dia juga mempersoalkan apakah keperluannya untuk dia mengambil tindakan sedemikian memandangkan dia bukan penjawat awam.
"Saya setuju dengan cadangan itu tetapi apa keperluan saya untuk isytihar harta saya? Saya bukan penjawat awam tetapi kalau ia arahan parti dan ia dapat puaskan hati semua pihak, saya sedia isytihar harta tanpa tinggalkan sesen pun," katanya.
Dari satu sudut, persoalan yang dibangkitkan oleh Anak Ikan Si Mak Lampir ni memang sama sebijik dengan kenyataan yang dibuat Si Mak Lampir ketika dia mempertikaikan desakan yang telah dikemukakan oleh Si Rafizi tu tu secara terbuka.

Bagi sesetengah pihak, desakan yang dibuat oleh Si Rafizi tu hanya merupakan satu 'kesempatan' yang dipergunakan untuk menyerang Si Mak Lampir tu secara tak lansung memandangkan Si Mak Lampir tu merupakan sekutu kuat Azmin.

Kemungkinan besar alasan yang diberikan oleh Anak Ikan Si Mak Lampir itu telah dirancang terlebih dahulu agar ianya tidak bercanggah dengan apa yang telah dinyatakan Si Ahli Parlimen PKR Ampang tu sebelum ini. Kalau bercanggah, kantoi la jawabnya.

Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh Anak Ikan Si Mak Lampir tu memberikan gambaran seolah - olah ada perkara yang sengaja nak disembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Maka sebab itu dia terpaksa memberikan jawapan yang hanya bertaraf Longkang untuk menutup kemaluan Si Mak Lampir tu dari terdedah!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping