Selasa, November 08, 2016

Demikian kenyataan yang dikeluarkan melalui laman portal Utaranews apabila mereka membicarakan mengenai perkembangan terkini dikalangan puak Pakatan Haprak tu. Masing - masing sibuk nak menjadi penjilat belaka katanya.

Katanya, Si Menteri Besar Selangor tu kini sudah menjadi penjilat parti cap bunga, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Kerjanya asyik nak menjilat PPBM sepenuh masa. Patut la krisis air di Selangor tak selesa. Sebab sibuk menjilat rupanya.

Melalui satu rakaman video di dalam satu ceramah yang diadakan di Muar, Johor baru - baru ini, Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa hanya pada zaman Tun Mahathir sahaja UMNO, bangsa Melayu dan negara Malaysia dapat dibangunkan

Akan tetapi apa yang ‘menyedihkan’ pada zaman sekarang ini kerana apa yang dibangunkan UMNO kini hanyalah isteri - isteri pemimpin UMNO, anak - anak dan juga keluarga mereka. Itu apa yang diperkatakan oleh si penjilat Azmin Ali.
"Difitnahnya konon rakyat diperah, dipijak dan di hina oleh anggota-anggota UMNO itu sendiri… Sebab tu la katanya, rakyat perlu bangkit bersatu lawan UMNO, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Lawan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Barisan Nasional," dedah portal tersebut.
Rasa lagi baik rakyat bangkit menentang dan menuntut pembelaan kebajikan mereka sebagai rakyat negeri Selangor dari Azmin. Dah la si Azmin tu terlibat skandal perempuan dan wang. Kemudian ada hati nak ceramah pasal rakyat perlu bangkit menentang UMNO. Negeri sendiri pun kacau bilau.

Bukan itu sahaja Si Azmin tu juga sempat menghina para pemimpin cawangan UMNO kerana masih setia bersama UMNO. Malah menuduh mereka setia kerana dedak! Memfitnah Najib sebagai pemimpin yang rakus dan tidak lagi mengamalkan sistem demokrasi.

Fitnah dan kerja jijik Azmin tak terhenti disitu sahaja. Azmin malah berkata Najib kini menghadapi penyakit asal bangun je nak merompak. Lepas tu bagi dedak sikit pada rakyat dan pemimpin. Paling dahsyat bila tuduh Najib amal rasuah.
"Siapa yang amalkan rasuah sebenarnya?? Gomez rasa Azmin ni patut ‘study’ bagi habis lagi mengenai zaman kejahatan Mahathir yang merompak harta rakyat, kekayaan Petronas dan Proton serta banyak lagi. Jangan tahu nak jilat parti cap bunga secara membabi buta hanya kerana dapat dedak dari Mahathir," soal laman portal tersebut.
Pokok pangkalnya, dakwaan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu jelas tidak merujuk kepada perkara yang sebenar. Jika betul UMNO dan bangsa Melayu kuat dibawah Tun Mahathir, kenapa dia sendiri keluar dari UMNO dan ikut bontot Si Ketua Penipu tu?

Bahkan selama hari ini, yang menjadikan Tun Mahathir tu sebagai musuh ketat pun bukan orang lain melainkan keluarga Si Ketua Penipu tu juga. Bukankah itu membuktikan yang Si Menteri Besar Selangor tu hanya seorang pemimpin MUNAFIK yang bercakap tak serupa bikin hanya semata - mata mahu menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Dulu kata kat madey macam2 bagai nak hancur dunia. Skrg baik plk dah. Politiking lebih ni. Macam mana nak percaya org mcm ni.

    BalasPadam
  2. Oklah tu. Dari jilat najib razak yg samun duit kau. Tipu kau bagai nak giler tapi kau tetap sokong. Baguslah tu azmin

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping