Muka Ada Senyum Nampak... |
Heh! Kalau dilihat dari satu sudut, memang ada kemungkinan Si Azmin ni merupakan orang yang paling gembira menerima berita tentang hukuman penjara yang bakal dihadapi oleh Si Rafizi tu. Tapi takde la dia nak tonjolkan secara terbuka.
Perkara itu dapat dilihat apabila Si Rafizi ni sejak dari sebelum ini pun dah banyak kali tampil memberi tentangan terbuka sehingga ada sesetengah pihak yang menganggap bahawa Si Rafizi tu merupakan 'Ancaman Utama' bagi Si Azmin.
Yang paling jelas ialah apabila Si Rafizi tu tidak berada dalam 'Kem' yang sama dengan Azmin sewaktu pemilihan parti sebelum ini. Sebaliknya, Si Rafizi tu berada dalam kumpulan yang bertentangan dengan Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden.
Kemudian sewaktu perlaksanaan agenda Langkah Kajang, Si Rafizi ni dilihat tidak cenderung memberi sokongan kepada Azmin bagi merebut jawatan Menteri Besar dari Khalid Ibrahim apabila dia menyokong pencalonan Tunggal Wan Azizah.
Malah tindakan Rafizi yang mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran Rejim Pakatan dibawah kepimpinan Azmin selaku Menteri Besar baru - baru ini juga dianggap sebagai satu langkah untuk menjahanamkan imej Timbalan Presiden PKR tu.
Tapi dek kerana Si Rafizi tu jelas tidak mempunyai sebarang bukti atau sengaja menyembunyikan bukti berkaitan dengan kepincangan yang berlaku itu dari pengetahuan SPRM membuatkan tuduhan yang dilemparkannya itu tidak menjadi kes.
Dalam erti kata mudahnya, tindakan Si Rafizi yang GAGAL membuktikan dakwaan bahawa wujud penyelewengan dan Rasuah Betina seperti mana yang dituduh sebelum ini terhadap Rejim Pakatan Selangor tu telah menyelamatkan Azmin.
Jadi, kemungkinan besar sebagai tindakan 'Membalas Jasa' Rafizi yang tidak terus mendedahkan bukti berkaitan dengan tuduhan yang dilemparkan sebelum ini membuatkan Si Azmin ni 'Terpaksa' memberi sokongan kepada Naib Presiden PKR tu.
Apa yang pasti, bagi sesetengah pihak, termasuk dikalangan ahli PKR sendiri pun dapat melihat, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin ni bukan dibuat bagi memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Pondan tu secara terang - terangan.
Sebaliknya, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu hanya dilihat seolah - olah memberikan gambaran yang PKR masih mampu untuk terus kekal relevan dalam Politik tempatan biarpun tanpa seorang pemimpin yang Kuat Menabur Fitnah macam Si Rafizi ni. Maka sebab itu dia buat kenyataan sedemikian!!!
Senyuman bermakna
BalasPadam