Selasa, November 15, 2016

"Siapa yang serahkan dokumen kepada Rafizi?" Itu persoalan yang timbul ekoran tindakan yang dikenakan oleh pihak mahkamah terhadap Si Ahli Parlimen Pondan tu semalam. Persoalan itu timbul dan menjadi pertikaian dikalangan rakyat.

Tampil dengan membangkitkan persoalan mengenai perkara itu kepada pihak media semalam, Bendahari MIC Pusat lebih menitik beratkan bagaimana Si Rafizi tu boleh memiliki dokumen tersebut sebelum mendedahkannya kepada umum.

Katanya, persoalan mengenai perkara itu jauh lebih penting dan perlu didedahkan kepada umum jika mahu dibandingkan soal keahlian Si Rafizi tu sebagai seorang anggota Parlimen seperti mana yang hangat dipertikaikan semalam.
"Sementara yang lain bimbang mengenai status Rafizi sebagai anggota parlimen Pandan, saya lebih bimbang dengan fakta bahawa Rafizi secara haram memiliki dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Persoalannya ialah bagaimana Rafizi mendapat dokumen sulit ini apabila dia bukan anggota audit mahupun ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC)," katanya dalam satu kenyataan media.
Diantara kemungkinan yang boleh berlaku ialah sama ada Si Rafizi tu telah 'Mencuri' dokumen tersebut dari salah seorang anggota PAC atau ada mereka yang terlibat menjadi 'Pemakan Dedak' Si Rafizi tu yang menyerahkannya kepada dia.
"Ini pastinya seseorang dari blok pembangkang. Ini melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Satu lagi hipotesis adalah bahawa Rafizi mungkin telah mencuri dokumen sulit daripada anggota PAC tanpa pengetahuan mereka," katanya.
Dalam erti kata lainnya, Si Rafizi tu sudah pasti mempunyai 'Orang Dalam' dikalangan Jawatankuasa PAC yang telah membocorkan dokumen tersebut sebelum ini. Ianya sama ada Ahli Jawatankuasa PAC itu sendiri atau pun kakitangan yang terlibat.

Maka sehubungan dengan itu, adalah wajar bagi pihak berkuasa menjalankan siasatan segera mengenai perkara ini dan menangkap mereka yang terlibat yang melanggar undang - undang demi untuk kepentingan politik dihadapkan ke mahkamah.

Namun, jika diimbas kembali kes - kes mahkamah yang melibatkan Si Rafizi tu sebelum ini jelas menunjukkan bahawa tiada simpati sepatutnya diberikan kepada pemimpin PKR itu memandangkan tindakan yang dilakukannya adalah atas dirinya sendiri. Dia sendiri yang pandai cari penyakit. Jadi, biar dia sendiri la yang tanggung!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping