Rabu, November 16, 2016

Heh! Nampak gayanya, hasrat Si Menteri Besar tu nak lepas tangan dan mengharapkan rakyat Negeri Selangor lupa terhadap penyelewengan yang telah dilakukan dalam isu berhubung pengambil-alihan ekuiti SPLASH tidak menjadi kenyataan.

Jika Si Azmin tu anggap isu yang dibangkitkan dalam Konvesyen Pakatan dan juga hukuman yang menimpa Rafizi tu mampu membuatkan rakyat terleka dengan isu yang hangat diperkatakan sebelum ini, ternyata anggapan yang dia buat tu meleset.

Perkara itu dapat dilihat apabila Si Menteri Besar Selangor tu sehingga ke hari ini masih lagi GAGAL untuk memberi penjelasan mengenai jumlah sebenar Dana Rakyat yang digunakan untuk dijadikan pampasan bagi pengambil-alihan tersebut.

Kalau sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu bukan main hebat lagi membuat tuduhan terbuka terhadap Khalid Ibrahim yang didakwa membuat tawaran kepada SPLASH sebanyak RM 2.9billion untuk mengambil - alih ekuiti syarikat berkenaan.

Tapi hakikatnya, Si Menteri Besar Selangor tu masih GAGAL menjawab persoalan yang dibangkitkan, "Berapa Banyak Dana Rakyat yang dia dah habiskan untuk mengambil alih ekuiti syarikat tersebut?" Itu persoalan utama yang perlu dijawab.

Soal sama ada Si Khalid Ibrahim tu buat tawaran sebanyak RM 2.9 billion tidak menjadi pertikaian. Bahkan sekiranya Bekas Menteri Besar Selangor tu membuat tawaran sehingga ianya mencecah lebih dari RM 1 trillion sekali pun orang tak peduli.

Yang orang nak tau sekarang ni, Berapa Banyak Dana Rakyat yang telah digunakan oleh Si Azmin tu untuk membuat bayaran bagi mengambil-alih ekuiti tersebut? Dan adakah benar harga yang dibelanjakan oleh Si Azmin tu mencecah sehingga sebanyak RM 2.7 billion?

Persoalan seterusnya ialah kenapa Rejim Pakatan Selangor sanggup membazir Dana Rakyat Selangor sebegitu banyak sedangkan harga asal untuk mengambil alih ekuiti syarikat SPALSH tu hanya berharga sebanyak RM 250 juta sahaja?

Dek kerana persoalan itu tidak dijawab oleh Si Menteri Besar Selangor tu membuatkan lebih ramai pihak yang tampil mempertikaikannya dan mendesak agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM mengambil tindakan.

Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini yang membuat tuduhan terhadap Khalid Ibrahim jelas hanya satu langkah untuk melindungi kemaluan dirinya sendiri demi menjaga kepentingan Politik Peribadi dia semata - mata. Bukannya untuk menjaga kebajikan rakyat pun!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping