Rabu, November 16, 2016

Nampak gayanya, makin tak cukup tidur la Si Menteri Besar Selangor ni dibuatnya. Takut bila dah terlampau lama sangat dia tak tidur nanti, fikiran dia sendiri pun takkan menjadi waras. Tak pasal - pasal kang, bertambah merana rakyat dibuatnya.

Kot kalau tengok sekarang pun, Si Menteri Besar Selangor tu dah semakin bertambah hilang akal dibuatnya. Mudah sangat dia meroyan tak tentu arah dan meracau membuat tuduhan yang bukan - bukan terhadap orang lain secara terbuka.

Kemungkinan besar itu menunjukkan simptom kronik bagi seorang yang dah mula diserang penyakit hilang akal. Takut nanti, Si Menteri Besar Selangor tu boleh cipta sejarah dan jadi Menteri Besar pertama yang dimasukkan ke wad Psikiatri.

Nak pulak bila 3 NGO hari ini mendesak pihak SPRM agar menjalankan siasatan terhadap proses pengambil - alihan aset Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) oleh kerajaan negeri Selangor, yang didakwa mereka sebagai 'meragukan'.

Tiga NGO berkenaan adalah Suara Rakyat Marhean (SUARA), Gerakan Penegak Suara Selangor (GAPENAS) dan Badan Amal Tarbiyah Sejagat (BATAS Malaysia) yang mewakili kebimbangan rakyat terhadap penyelewengan yang berlaku. 
"Kita ingin ingin minta desak pihak SPRM agar memanggil bekas Menteri Besar dan juga Menteri Besar kerana nak meleraikan. Kita sebagai rakyat kita ingin tahu siapa yang cakap betul. Adakah Tan Sri Khalid cakap betul ataupun (Datuk Seri) Azmin menjawab jawapan yang betul. 
"Sebab bila kita tengok angka ni berbeza 10 kali dan kita difahamkan punca (Tan Sri) Khalid disingkir jawatan Menteri Besar berpunca daripada isu ini...setelah pertemuan yang telah diatur oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar 2013. 
"Jadi kita ingin minta Khalid mendedahkan apa isi kandungan pertemuan sulit tersebut," kata jurucakap tiga NGO itu, Zamil Ibrahim yang juga Penasihat Suara Rakyat Marhean (SUARA), selepas menyerahkan laporan kepada SPRM, hari ini.
Pada ketika ini, Rejim Pakatan Selangor yang dipimpinan oleh Azmin tu kini sedang hangat menerima tekanan dari pelbagai pihak apabila isu berkaitan dengan pembayaran pampasan kepada SPLASH itu didakwa meningkat 10 kali ganda.

Ketika dibawah teraju Khalid, SPLASH hanya ditawarkan pampasan yang bernilai sebanyak RM250 juta. Namun SPLASH menolak berikutan nilai pampasan itu terlalu sedikit tanpa mengambil kira liabiliti yang berjumlah RM1.584 bilion.

Selepas Khalid dipaksa untuk melepaskan jawatannya menerusi perlaksanaan agenda Langkah Kajang, Azmin yang dilantik menjadi Menteri Besar dikatakan hampir bersetuju untuk membayar tuntutan pampasan SPLASH bernilai RM2.7 bilion.

Memburukkan lagi keadaan, Si Azmin tu pulak membuat tuduhan terhadap Khalid Ibrahim dan melabelkan dia sebagai seorang yang Hipokrit kerana kerap berkata tawaran yang dibuat kepada SPLASH ketika beliau menjadi menteri besar adalah RM250 juta.

Walhal, Si Azmin tu dalam tuduhannya mendedahkan, ADUN Perlabuhan Klang itu pernah membuat tawaran pampasan untuk mengambil - alih ekuiti syarikat tersebut dengan nilai yang didakwa berjumlah hampir sebanyak RM2.9 bilion.

Pokok pangkalnya, Si Azmin tu selaku Menteri Besar sekarang masih GAGAL untuk membuat penjelasan dan mendedahkan jumlah sebenar yang dibayar oleh pihak Rejim Pakatan Selangor bagi mengambil - alih aset syarikat SPLASH tu. Jadi, memang patut pun pihak SPRM menjalankan siasatan supaya tidak ada penyelewengan yang berlaku!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping