Rabu, November 16, 2016

Mungkin 'Anak Ikan' Si Mak Lampir ni pun ada juga mewarisi ilmu dari dia kot. Paling tidak, 'Ilmu Tarik Duit' yang biasa diamalkan oleh Si Mak Lampir tu yang menjadi amalan dia. Maka sebab itu 'Anak Ikan' Si Mak Lampir ni boleh jadi 'Kaya Gila Babi'.

Kalau dia tak pakai ilmu, macam mana Anak Ikan Si Mak Lampir ni boleh jadi kaya? Antara alasan yang dia bagi semalam, bukan dia sorang je yang ada memiliki kekayaan seperti itu walaupun usia dia pada ketika ini baru mencapai 28 tahun.

Tapi yang herannya, kenapa puak Pakatan Haprak tu dok sibuk menjaja cerita dan membuat dakwaan kononnya rakyat di Malaysia ni semuanya terpaksa hidup merempat disebabkan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?

Andai kata puak Pakatan Haprak tu ada formula yang sebegitu mudah untuk menjadikan seorang anak muda seperti Si Anak Ikan Mak Lampir tu menjadi seorang jutawan dan memiliki kemewahan tahap Gila Babi macam tu, kenapa diorang tak kongsi?

Sebelum tu, meh kita belajar mengira dengan Si Anak Ikan Mak Lampir ni. Mana la tau, kot - kot esok atau lusa kita pun boleh memiliki rumah banglow mewah seperti istana yang dianggaran berharga hampir mencecah RM 1 juta macam yang dia memiliki tu ye tak.

Pertama sekali, untuk memiliki rumah mewah yang dilelong dengan harga RM 1 Juta, anda perlu mempunyai tunai sebanyak RM50K atau RM100K bagi tujuan deposit bagi melayakkan kita menyertai lelongan tersebut. (5% or 10% daripada nilai rumah)

Kedua, anda juga perlu menyelesaikan semua bayaran tertunggak selama 3 bulan yang dianggarkan berjumlah hampir sebanyak RM 16 ribu. Tu termasuk bil - bil yang tertunggak seperti cukai pintu dengan PBT, bil elektrik dan bil air.

Ketiga, baki RM900K boleh diperoleh melalui pinjaman bank dan kebiasaannya bank hanya boleh memberi pinjaman sekiranya nilai bayaran ansuran bulanan adalah 70% ataupun kurang daripada jumlah pendapatan bersih. 

Itu pun termasuk hutang kad kredit, hutang peribadi, hutang rumah yang lain (sekiranya ada) dan juga hutang kereta (bergantung kepada berapa bijik yang kita miliki atas nama kita sendiri). Kemudian baru pihak bank boleh bagi pinjaman.

Keempat, sekiranya pihak bank luluskan permohonan dengan nilai pinjaman yang dianggarkan sebanyak RM 900 ribu (baki untuk bayar duit rumah) selama 35 tahun dengan kadar faedah pada 6.6%. Bayaran ansuran bulanan adalah RM5500.

Katakan la anda juga memiliki sekurang-kurangnya 4 buah kereta mewah seperti BMW 320i (RM250K) Mercedes C200 (RM300K) Volvo X40 (RM200K) dan Mini Cooper Clubman (RM250K), maka ansuran bulanannya berjumlah hampir sebanyak RM 11, 600 sebulan.

Maka, untuk mendapatkan pinjaman RM900K dengan nilai tanggungan di atas, gaji bulanan anda perlulah sekurang-kurangnya RM24,185.42. (Dengan mengambil kira anda tidak mempunyai sebarang hutang kad kredit dan hutang rumah-rumah yang lain)

Maknanya, itulah jumlah sebenar (RM 24, 185.42 sebulan) bagi gaji seorang yang bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen. Tapi sebelum tu, cuba sesiapa minta dia untuk tunjukkan slip gaji dan borang J LHDN dia terlebih dahulu.

Tu pun baru kira nak beli rumah terbengkalai yang berharga RM 1 juta. Belum termasuk kos untuk menyiapkan rumah dan pengubah-suaian yang dianggarakan tak kurang daripada RM 2 juta sebelum ianya siap sepenuhnya untuk diduduki.

Cuba la korang bayangkan. Kalau Pegawai Khas Si Mak Lampir tu sahaja sudah memiliki kekayaan yang sebegitu besar, macam mana pulak dengan kekayaan yang dimiliki oleh Si Mak Lampir tu sendiri? Takkan pulak Si Mak Lampir tu lebih miskin dari Pegawai Khas dia? Jadi persoalannya sekarang, bila abang - abang SPRM nak ambik tindakan???
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping