Ahad, November 20, 2016

Heh! Jangan ingat rakyat akan lupa nak membicarakan mengenai kes Si Anak Ikan Mak Lampir ni walaupun puak Pakatan Haprak tu menganjurkan perhimpunan Bershit yang turut dihadiri oleh pemimpin - pemimpin PPBM tu semalam.

Jika semalam, puak Pakatan Haprak tu melaung - laungkan slogan menentang penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Tapi dalam masa yang sama, macam mana pulak dengan kes yang melibatkan penyelewengan dikalangan mereka?

Takkan isu yang berkaitan dengan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Si Anak Ikan Mak Lampir ni wajar dilupakan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil terhadap puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri? Adakah itu 'Bersih' namanya?

Apa yang jelas, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Anak Ikan Mak Lampir tu sebelum ini memang dapat dilihat cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang ramai apabila dia enggan mendedahkan jenis perniagaan yang dikendalikannya.
"Mengenai soal bisnes ini, ia isu peribadi saya rasa tak perlu jelaskan kepada media mengenai bisnes apa dan di mana bisnes itu. Kerana ia privasi, perkara ini jika ia diviralkan akan mendatangkan bahaya dan tidak baik pada bisnes saya," katanya.
Perkara itu secaratidak lansung membuktikan bahawa dia tidak mahu orang tahu dia berniaga apa dan dari mana hasil kekayaan luar biasa yang dimilikinya sehingga mampu mempunyai rumah banglow 'Terlajak Mewah' dikawasan Ampang.

Tu pun belum kira rumah banglow mewah dikawasan Ampang Saujana Elite dan Putrajaya serta beberapa buah kereta mewah yang dianggap tidak mampu untuk dimiliki oleh seorang individu yang baru berusia 28 tahun.

Kalau dia memang anak orang kaya, lain la ceritanya. Boleh juga diterima akal yang dia mewarisi kekayaan dari keluarganya sebelum ini. Tapi, dia sendiri pun asal dari keluarga orang susah. Jadi, macam mana dia boleh jadi kaya?

Setidak - tidaknya, Si Anak Ikan Mak Lampir tu perlu juga berkongsi kaedah bagaimana nak perolehi kekayaan sedemikian rupa. Nak pulak apabila puka Pakatan Haprak tu dakwa rakyat Malaysia sekarang ni terpaksa hidup susah sebab GST.

Tapi, kalau dilihat dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Anak Ikan Mak Lampir tu, tak nampak pulak macam diorang ni hidup sepertimana yang digambarkan. Sebaliknya, boleh pulak dia hidup dalam kemewahan disebalik tuduhan Retorik yang dijaja oleh puak - puak Pakatan Haprak tu selama hari ini!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Tunggu jela SPRM buat kerja. ko nak kecoh buat apa. Bukan boboi tu tertakluk mana2 akta kerahsiaan PKR pun.

    BalasPadam
  2. bila kena batang hidung korang, pandai ler pulak suruh sprm siasat... tapi kalau kena org kumpulan lain, korang terpekik terlolong macam anjing nyalak hantu...akal ada ke?

    BalasPadam
  3. Tak payah heboh heboh lagi. SPRM akan lakukan tugasnya. Insya Allah.

    BalasPadam
  4. Lambat beno SPRM ni bertindak..
    Kalau org gov...hari ni dlm paper.
    . pagi esok sprm depan pintu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping