Ahad, November 20, 2016

Heh! Jangan pelik sangat la kenapa puak Pakatan Haprak ni suka sangat merempat dalam penjara ni. Sebab bagi diorang, itu salah satu taktik Politik Longkang yang diamalkan untuk menagih sokongan simpati murahan dari kalangan rakyat.

Lebih ramai Ahli Parlimen akan ditahan pihak polis diatas tuduhan dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, atas tuduhan merusuh. Ini ekoran daripada pembabitan pemimpin-pemimpin tersebut dalam rusuhan dan tunjuk perasaan Bersih 5 yang dilakukan semalam bertempat di ibu kota, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen yang turut ditahan dan dihumban ke lokap bagi siasatan adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Mereka ditangkap malam semalam, sejurus beberapa jam selepas selesainya himpunan haram Bersih 5 tersebut.

Tian melalui laman sosial Twitternya memaklumkan bahawa, dirinya sudah ditangkap dan kini berada di Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Selain itu Tian juga berkata “Nasib baik saya sempat mandi. Lega dapat bersama aktivis Bersih 5 dan berehat dengan tenang dalam lokap”.

Tidak lama selepas penangkapan dibuat terhadap Tian. WhatsApp Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Zuraida pula ditangkap dan dibawa ke balai. 

Tian dan Zuraida kini telah menyertai sahabat-sahabatnya ‘berpesta’ di lokap. Antara yang turut ditahan adalah Adun Canning, Howard Lee Chuan How dari DAP, aktivis Fahmi Reza, aktivis Hishamuddin Rais, Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah dan seorang penunjuk perasaan Siew Tech Soon.

Bukan itu je. Juga turut serta adalah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, urusetia Bersih, Mandeep Singh, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan. 

Aktivis Anis Syafiqah Mohd Yusuf, aktivis Safwan Anang, aktivis Luqman Nul Hakim Zul Razali, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dari DAP dan bekas exco Selangor, Ronnie Liu juga dari DAP.

Tapi apa yang pasti, diorang ni kena tangkap bukan sebab Polis nak tangkap diorang. Polis pun bukannya suka sangat nak sumbat orang masuk dalam lokap ni. Buat mengabihkan masa diorang je sebenarnya. Banyak kerja yang nak kena buat.

Apa yang jelas, tindakan puak Pakatan Haprak ni kena sumbat dalam lokap adalah diatas ke-BODOH-an diri diorang sendiri. Kot kalau diorang cerdik, bijak guna kepala otak, takde der diorang ni kena tangkap. Tapi sebab pemimpin Pakatan Haprak ni suka sangat guna Kepala Lutut, tu pasal la BODOH diorang ni tak sudah - sudah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping