Isnin, November 21, 2016

Heh! Memang tepat sangat dakwaan yang telah dibuat oleh sesetengah pihak sebelum ini dimana mereka menyatakan Himpunan Bershit yang diadakan baru - baru ini telah bertukar menjadi pentas untuk mempromosikan parti PPBM secara terbuka.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kelibat bekas Perdana Menteri itu lebih banyak mendapat liputan dan disebarkan secara meluas dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri melalui aplikasi - aplikasi media sosial yang ada.


Tindakan itu juga membuktikan bahawa keputusan PAS yang enggan hadir dan turut serta dalam perhimpunan itu memang cukup sesuai memandangkan agenda Bershit itu kini dilihat sudah semakin berubah dari tujuan asalnya sebelum ini.

Mengulas mengenai isu yang sama, Ketua Pemuda Barisan Nasional tampil memberikan pandangan yang hampir serupa dengan luahan yang telah disiarkan sebelum ini dimana dia juga menganggap Bershit telah disalah-gunakan.

Ketua sayap pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini mengucapkan tahniah kepada Penasihat PPBM, Tun Mahathir Mohamad kerana telah berjaya ‘merampas’ wadah Bershit.
“Tahniah kepada Tun Mahathir, beliau berjaya jadikan Bersih wadahnya. Semua pemimpin pembangkang sudah kena ‘main’,” katanya seperti yang dilaporkan, selepas menghadiri konvensyen Pemuda BN hari ini.
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas kehadiran Tun Mahathir dalam perhimpunan semalam dengan menyatakan bahawa pemimpin pembangkang dan penunjuk perasaan yang terbabit tidak sedar yang mereka telah dipermainkan.
“Akhirnya, isu sebenar gabungan itu ‘hilang’. Tiada lagi Anwar Ibrahim. Semuanya mengenai Dr Mahathir,” kata Khairy seperti yang dilaporkan.
Namun, seperti biasa, pemimpin Bershit tu enggan mengakui bahawa Bekas Perdana Menteri itu telah “merampas” wadah dan agenda asal NGO tersebut. Sebaliknya mereka berikrar mahu mengabaikan pihak yang cuba mengganggu agenda reformasi mereka.

Tapi, apa yang pasti, tindakan puak NGO yang telah ditaja dengan menggunakan Dana dari individu yang Pro Yahudi memang sudah dijangka. Bagaimana mungkin diorang dapat menerima ke-BODOH-an mereka sendiri secara terang - terangan? Kalau diorang mengaku, makin bertambah BODOH la jawabnya!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. TM nak bukak mata pun x laqat tapi sbb dendam kesumat terpaksa jual diri kat bershit tu.Pendendam adalah sifat syaitan...bersihkan diri..
    Menjual maruah mcmne pun selagi ALLAH kata boboy xlayak jadi future PM..hang xkan berjaya...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping