Isnin, November 21, 2016

DSDR Adnan Yaakob, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang mengalu - alukan tindakan NUJ memulaukan semua kegiatan UMNO Pahang ekoran kononnya menghalau keluar wakil media yang hadir semasa Konvensyen UMNO Negeri Pahang pada hari semalam, 19 November 2016.

Jelas tindakan NUJ dibuat setelah mendengar cerita hanya sebelah pihak. Konvensyen tersebut dijalankan secara tertutup supaya peserta boleh memberikan pendapat secara telus dan terus terang.

Semasa Pengerusi Perhubungan memberikan ucapan mengalukan Naib Presiden DSri Hishamuddin yang hadir dan merasmikan Majlis Penutupan, beliau nampak kehadiran wakil media dan menegur kehadiran mereka dengan menyatakan konvensyen itu diadakan secara tertutup.

Beliau minta wakil media bertemu dengan beliau selepas Majlis untuk dapatkan penjelasan. Tetapi tidak ada seorang pun wakil media yang memberi isyarat tanda bersetuju.

Pihak peserta Konvensyen bersorak ramai menghalau wakil media keluar meninggalkan majlis. DSDR Adnan telah menyabarkan mereka dan menyatakan wakil media tidak perlu dihalau keluar. Semua ini direkodkan melalui kamera video yang membuat liputan Konvensyen.

Sebagai rekod, sejak DSDR dilantik sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan, wakil media sentiasa diberi layanan bukan saja dengan baik, bahkan diberikan layanan yang sangat istimewa.

Mereka diberikan meja dan makanan istimewa selepas meja Kenamaan. Jika NUJ bertindak adil, ianya sepatutnya mendapat penjelasan dari pihak UMNO Pahang. Tetapi malangnya, ianya tidak berlaku sebab mereka bukan pengamal undang-undang tetapi wakil media. UMNO Pahang bersedia diboikot oleh NUJ.

Yang penting UMNO Pahang jangan diboikot oleh rakyat. Setakat ini UMNO dan Barisan Nasional Pahang masih lagi mampu untuk mengekalkan sokongan 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan Negeri hasil sokongan dan kepercayaan majoriti rakyat.
"Minta maaf bercakap. Kalau sokongan NUJ jadi ukuran kepada sokongan terhadap UMNO dan BN, PRU 2008 dan PRU 2013 menampakkan hasil sebaliknya.
"Teringat pula keputusan Pilihan Raya Presiden di Amerika antara Trump dan Clinton yang semua orang tahu media mana yang dipilih rakyat Amerika," jelas satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Yang penting Konvensyen yang diadakan telah berjaya mencapai matlamat sepenuhnya samada dari perspektif kehadiran, isi perbahasan dan komitmen semua peringkat kepimpinan UMNO Pahang ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang menjadi Tema Konvensyen.
PS: Sebagai kesimpulan, justifikasi yang dapat dibuat terhadap tindakan YAB Menteri Besar Pahang tu mudah je untuk difahami. MB hanya menuntut Justice atau Keadilan dari pengamal media arus perdana.

Apa yang diminta supaya media tidak salah lapor ucapan yang disampaikan memandangkan dah banyak kali ucapannya disalah lapor dalam media. MalahMB juga mohon supaya mereka berjumpa dengan dia terlebih dahulu. Sementelah lagi, program tu program tertutup. Memang perkara tu dah dimaklumkan sejak dari awal.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping