Sabtu, November 12, 2016

Ekoran kenyataan yang dibuat oleh Presiden PPBM tu semalam, maka timbul la beberapa spekulasi dikalangan pengamal media sosial yang rata - ratanya tampil dengan pelbagai persoalan berhubung keputusan yang telah dilakukannya.

Antara yang terawal mempertikaikan keputusan itu adalah Si Mamat Muka Botoks ni yang turut mengambil kesempatan menibai keputusan yang telah dibuat oleh Muhyiddin Yassin berhubung status kerjasama Politik diantara PPBM dengan Pakatan.

Si Mamat Muka Botoks tu mendakwa yang dia sedikit pun tidak terkejut dengan keputusan Presiden PPBM itu untuk memohon penangguhan bagi menandatangani perjanjian persefahaman sewaktu Konvensyen Pakatan Haprak tu hari ini.

Malah Si Mamat Muka Botoks juga mendakwa keputusan yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin itu jelas membuktikan bahawa dia lebih cenderung untuk menjalinkan kerjasama Politik dengan PAS berbanding mengikat hubungan bersama Pakatan.
"Bagi saya kemungkinannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai agenda serta strateginya yang tersendiri khususnya dalam daya-usaha untuk memenangi hati PAS mengadakan satu perikatan dengan Parti Bersatu (PPBM) terlebih dahulu. Dari awal lagi saya nampak kecenderungan Tan Sri Muhyiddin Yassin kearah itu!!" tegasnya.
Mengulas lanjut mengenai keputusan Muhyiddin Yassin itu, Si Mamat Muka Botoks ini juga turut mendakwa Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak terlibat dengan gerakan Deklarasi Rakyat yang dketuai oleh Tun Mahathir sejak dari awal.
"Deklarasi Rakyat walaupun ianya bukanlah satu pakatan politik tetapi merupakan gabungan perpaduan pertama yang cukup unik terdiri dari semua tokoh-tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan yang telah berlaku secara cemerlang lagi gemilang sebagai platform kerjasama kearah mencapai matlamat untuk menjatuhkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling korup seterusnya berniat untuk melaksanakan ‘total reform’ di tanahair kita yang tercinta ini.
"Pada waktu itu kami telah bekerjasama secara amat akrab dan mula mengenal hati budi masing-masing di bawah Deklarasi Rakyat dengan berbekalkan satu niat dan tekad bagi Selamatkan Malaysia," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Bahkan Si Mamat Muka Botoks itu juga mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin masih dilihat tidak serasi dan sentiasa bersikap dingin terhadap DAPigs yang digambarkan seolah - olah tidak selesa menjalinkan kerjasama Politik dengan parti tersebut.

Dalam erti kata lainnya, Si Mamat Muka Botoks ini cuba memberikan gambaran seolah - olah Muhyiddin Yassin bukan seorang pemimpin yang ikhlas kerana kecenderungannya adalah untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS semata - mata.

Maka persoalannya, adakah benar dakwaan yang dicetuskan oleh Si Mamat Muka Botoks tu? Adakah benar dia hanya cenderung untuk meraih sokongan dari kalangan PAS sehingga menyebabkan dia sanggup membelakangi Pakatan? Jika tidak, adakah Muhyiddin Yassin hanya akan mendiamkan diri terhadap dakwaan yang dibuat terhadapnya???
Categories:

2 ulasan:

  1. Bukan apa, mungkin tsmy tak yakin dgn dap dan pan sbb melayu islam semakin menjauhi kedua dua parti itu.

    BalasPadam
  2. Lagi satu...cdgn mamak kutty agar si din panadol dilantik sbg pm ditolak mentah2 oleh dapigs dan pgayR.Sedangkan itu motif utama mrk menubuhkan parti bunga taik ayam.Mamak kutty tak rela kuasa putra jaya berada di tangan org lain.Jika di tangan org lain dan org tersebut gagal dibonekakan....maka org itu akan menerima nasib spt paklah dan najib.
    Mgkin kerjasama dgn pas dpt memenuhi hasrat tersebut krn pas dh lama berkembang dan terdapat hampir di seluruh negara.Jika parti bunga nak tubuhkan cawangan seluruh negara maka aktiviti melobi akan tercetus.Tapi adakah mrk mampu mencari yg ada ketokohan??

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping