Sabtu, November 12, 2016

Nampak gayanya kontroversi berkaitan dengan isu pengambil-alihan syarikat pengeluar ais Selangor (SPLASH) yang timbul sejak dua tiga hari ini membuktikan amalan Hipokrasi memang menjadi dasar Rejim Pakatan pimpinan Si Azmin tu.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Azmin selaku Menteri Besar Selangor tidak menjawab persoalan utama yang dibangkitkan. Sebaliknya, dia hanya pandai mencari helah menunding jari dan mencipta alasan menyalahkan orang lain.

Apa jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu menyerlahkan lagi sifat sebenar Rejim Pakatan yang dilihat masih lagi terperangkap dalam zon 'Denial Syndrome' atau 'Sindrom Penafian' yang sememangnya cukup kronik.

Si Menteri Besar Selangor itu dilihat cuba nak bermainan 'blaming game' dan menyalahkan Khalid Ibrahim dengan mendakwa kononnya dia yang membuat tawaran untuk mengambil-alih ekuiti SPLASH dengan harga yang terlalu tinggi.

Pada hal, Si Menteri Besar tu sendiri tidak menjawab soalan yang diajukan. Yang orang nak tau sekarang, berapa banyak duit dari Dana Rakyat yang telah dibelanjakan oleh Rejim Pakatan Selangor tu untuk mengambil - alih ekuiti tersebut?

Dalam pendedahan yang dibuat sebelum ini, Rejim Pakatan Selangor sewaktu dibawah kepimpinan Si Azmin tu dilaporkan telah membelanjakan sebanyak RM 2.7 billion daripada Dana Rakyat kepada SPLASH untuk mengambil - alih ekuiti mereka.

Jumlah itu jelas terlalu tinggi daripada harga yang sepatutnya dibayar yang dikatakan hanya bernilai sebanyak RM 250 juta sahaja. Maka sebab itu rakyat membuat tuntutan supaya anggaran sebenar yang telah dibelanjakan diperjelaskan secara terbuka.

Tapi malangnya, Si Menteri Besar Selangor tu tetap dilihat cuba nak mengelak dari mendedahkan jumlah sebenar Dana Rakyat yang telah dibelanjakan bagi mengambil alih ekuiti tersebut dengan membuat tuduhan terhadap Khalid Ibrahim.

Bagi sesetengah penganalisis ekonomi, tawaran yang dibuat oleh Khalid pada ketika dia memegang kuasa sebagai Menteri Besar Selangor adalah berpatutan memandangkan ianya adalah tawaran sebenar untuk mengambil alih ekuiti tersebut.

Jelas penganalisis tersebut, harga yang ditawar oleh Khalid Ibrahim pada ketika itu melibatkan "EMPAT SYARIKAT KONSESI" yang merangkumi semua aset termasuk Ekuiti dan Liabiliti yang turut ditanggung oleh syarikat - syarikat tersebut.
"Pada kesemua tawaran dalam kategori 4 (termasuk tawaran akhir itu iaitu 12 September 2014), kerajaan negeri pimpinan Khalid menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar. 
"Kaedah itu digunakan selepas kerajaan negeri meneliti  terma yang telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk SPLASH. 
"Maka dalam tawaran terakhir (12 September 2014) menerusi kaedah itu, tawaran yang berpatutan untuk SPLASH adalah RM250.6juta untuk bayaran ekuiti, serta bayaran liabiliti sejumlah RM1.584 billion," jelasnya lagi.
Tapi dek kerana Si Azmin tu dah mula 'Takut Pada Bayang - Bayang Sendiri', mula la dia menggelupor tak tentu arah dan hilang akal membuat tuduhan yang bukan - bukan sehingga menyebabkan dia hilang kemaluan di khalayak ramai. Itu membuktikan yang Si Azmin ni jauh lebih Hipokrit jika hendak dibandingkan dengan Si Khalid Ibrahim tu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping