Isnin, November 07, 2016

Ketua Pemuda PPBM didesak sebuah NGO untuk segera memohon maaf secara terbuka kerana didakwa biadab dan tidak menghormati titah Sultan Johor yang melarang sebarang perhimpunan haram daripada diadakan di negeri tersebut pada bulan ini.

Desakan itu dibuat oleh Gabungan Peniaga dan Penjaja Melayu Malaysia (Gapema) Johor yang mahukan Ketua Pemuda itu memohon maaf kepada rakyat negeri ini selain menasihatkannya ‘belajar’ sejarah Johor dan ikrar taat setia Bangsa Johor.
“Sebagai rakyat Johor, kita perlu faham dan jelas konsep Bangsa Johor yang lebih menekankan permuafakatan, kesepakatan dan amalan saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam apa jua bidang.
“Kenyataan biadap beliau seolah-olah ingin ajar baginda dan memperlihatkan Sultan Ibrahim tidak tahu langsung perundangan dan peraturan negara,” ujar Pengerusi Gapema Johor, Muhammad Suwarno dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas tindakan Ketua Pemuda itu yang mendakwa, hak untuk berdemonstrasi tanpa permit itu konon adalah hak asasi setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Ketua sayap parti pembangkang itu juga mendakwa demonstrasi itu juga turut diiktiraf undang-undang antarabangsa iaitu Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik.

Kenyataan Ketua Pemuda itu merujuk kepada Himpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang, dekat sini apabila Sultan Johor dalam titahnya menegaskan tidak sesekali membenarkan mana-mana pihak menganjurkan sebarang demonstrasi di negeri ini.

Sultan Ibrahim bahkan menyeru rakyat agar menjauhi sebuah parti baharu yang dianggap sebagai virus dalam usaha memecah - belahkan perpaduan dikalangan penduduk negeri itu dengan hasutan jahat untuk membenci pihak kerajaan.
Categories:

3 ulasan:

  1. CANGKULKAN JER....

    BalasPadam
  2. Jika kail panjang sejengkal lautan dlm jgn diduga...baru menang debate dah nak tunjuk jaguh. ..jaguh taik kucing. .anak siapa lah yg kurang hajar ni

    BalasPadam
  3. Masuk UIA guna duit kerajaan...tapi tak sedar diuntung. Baru menang debate di sekolah 2 perasan hebat.Hampeh budak ni..Ada otak tapi letak ditapak kaki...baru umur 22 tahun..so arrogant.
    Nyah kamu dari M'siapa. .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping