Isnin, November 07, 2016

Hanya itu sahaja gambaran yang jelas dapat diberikan kepada Rejim Pakatan yang dipimpin oleh Si Menteri Besar Selangor ni. Diorang sendiri yang tak reti nak buat kerja, tapi suka sangat nak salahkan orang lain diatas ke-GAGAL-an mereka.

Diorang yang tak mampu nak laksanakan penguatkuasaan, kenapa diorang nak salahkan orang lain? Nampak sangat yang Rejim Pakatan Selangor ni lebih suka memainkan Politik dan mengalami penyakit 'Denial Syndrome' yang cukup kronik.

Dek kerana penyakit itu yang membuatkan Rejim dibawah pimpinan Si Azmin ni suka membuat tuduhan tanpa sebarang bukti yang dapat disertakan. Perangai buruk yang dipamerkan itu jelas cukup membuatkan orang lain jijik mendengarnya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Exco berkaitan dengan Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor mendedahkan, sebanyak 15 kes pencemaran sungai telah dicatatkan sebelum ini.
"Sungai Langat mendapat pencemaran sungai sebanyak tujuh kali di mana empat kali disebabkan pencemaran ammonia kerana ketika itu tahap air sungai sangat rendah maka LRA terpaksa berhenti operasi supaya pencairan ammonia boleh dilakukan. Dua kali dari pencemaran berlaku pada September dan Oktober adalah akibat pencemaran di Sungai Semantan, Pahang. 
"Empat kali (pencemaran) berasal daripada premis yang tidak berlesen di Sungai Lalang, dua kali dikenalpasti datang daripada Sungai Semantan, Pahang dan dua kali di Nilai Negeri Sembilan," jawab Elizabeth.
Sebagai rekod, dari laporan yang dibuat oleh salah seorang Aktivis Alam Sekitar mendapati, dakwaan berlakunya punca pencemaran di Sungai Semantan sepertimana yang didakwa oleh Si Eli Wong itu adalah tidak masuk akal sama sekali.

Bercakap sewaktu menyampaikan ceramah dalam Bengkel Kelestarian Sumber Bekalan Air Negeri Pahang baru - baru ini, aktivis yang mewakili Badan Bukan Kerajaan itu menafikan bahawa sumber pencemaran itu bukan berasal dari Sungai Semantan.

Terdahulu, Si Menteri Besar Selangor tu sendiri pernah tampil membuat tuduhan dengan mendakwa kononnya pencemaran air yang berlaku di negeri itu adalah disebabkan wujudnya sabotaj dari pihak tertentu untuk memburukkan Rejim pimpinannya.

Pokok pangkalnya, dakwaan dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak Rejim Pakatan Selangor itu tidak menjawab soalan yang diajukan. Mereka jelas lebih mengutamakan Politik daripada nak ambik tindakan untuk menyelesaikan masalah yang masih lagi dialami oleh rakyat ekoran kekurangan bekalan air!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. tapi rakyat selangor tetap sokong jugak puak puak ni...tak caya tengok la bila PRU 14 nanti....Bahalol tolol..!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping