Selasa, November 22, 2016

Hehehe!!! Tak berani ke Si Khalid Samad ni nak sahut cabaran yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ni? Kot kalau bercakap dalam sidang Dewan, bukan main lagi dia lantang menyumpah seranah tak tentu arah.

Tajuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, Si Khalid Samad ni hanya berani menyebut perkataan 'SIAL' itu di dalam Dewan Rakyat kerana dilindungi kekebalan imuniti sebagai ahli parlimen.
"Saya tak boleh terima dia cakap saya sial, malah Parlimen juga tidak membenarkan perkataan itu disebut di dalam Dewan Rakyat. Saya cabar dia ulang perkataan tersebut dengan menyatakan Datuk Tajuddin sial, Ahli Parlimen Pasir Salak sial. Kalau dia berani sebut, saya akan saman dia.
"Saya akan arahkan peguam saya saman dia, biar mahkamah tentukan dia betul atau salah bila cakap saya sial," tegas Tajuddin ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
Semuanya bermula apabila Timbalan Menteri itu sedang menjawab soalan tambahan yang telah diajukan oleh Ahli Parlimen PAS di dalam dewan. Tetapi kemudiannya dia diganggu oleh Teresa Kok 

Secara berseloroh, Datuk Tajudin menyebut hanya Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok yang mempunyai nama dengan perkataan 'Kok', kerana kurang senang diganggu ketika menjawab soalan.

Ekoran itu, berlaku pertikaman lidah yang hangat antara beliau dengan Khalid yang kemudiannya melabelkan Tajuddin sebagai sial apabila menyebut mengenai Teresa Kok pada awalnya.
"Teresa cuba kacau saya ketika saya nak menjawab soalan, dia seorang sahaja mempunyai nama 'Teresa Kok'. Tapi itu tak bermaksud bila saya cakap begitu boleh mengizinkan (Ahli Parlimen) Shah Alam (Khalid) bangun dan cakap saya sial, sial, sial, itu tak mewajarkan dia bercakap perkataan sial.
"Tindakan dia memang sebegitu, tiada seorang yang boleh ajar dia yang menyebabkan dia boleh cakap apa sahaja kepada siapa sahaja, dia perlekeh semua orang bagi menunjukkan orang lain macam bodoh," katanya.
Kekecohan itu bagaimanapun diredakan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee dengan membuat penetapan bahawa perkataan 'Kok' adalah merujuk kepada nama Teresa dan bukan bermaksud perkataan lain.
Categories: ,

6 ulasan:

  1. khalid samad taik.

    BalasPadam
  2. Khalid ni jenis rasa diri hebat dn bijak wlpun sebenarnya hanya penjilat Dap.

    BalasPadam
  3. Khalid munafik...anak sial ni mmg babi...kesian ibu dia yg melahir kan dia...

    BalasPadam
  4. Pru ni gol lah dia

    BalasPadam
  5. Tapi KiniTv dgn jelas nampak Timb Menteri tu yang dibodoh dan di sialkan..

    BalasPadam
  6. kini tv n malaysiakini sama saja...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping