Rabu, November 16, 2016

Hahaha!!! Nampak sangat yang Si Mak Lampir ni cuba nak sembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat apabila 'Anak Ikan' dia dipaksa untuk membuat pengisytiharan harta seperti mana yang didesak oleh Si Rafizi Ramli tu sebelum ini.

Sebaliknya, Si Mak Lampir tu mendakwa desakan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR itu hanya satu tindakan yang tidak masuk akal dan tidak logik memandangkan 'Anak Ikan' dia tu tidak melakukan sebarang kesalahan disisi undang - undang.

Malah dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Mak Lampir tu tampil membuat penafian terhadap dakwaan kononnya 'Anak Ikan' dia tu juga merupakan Pegawai Khas dia sepertimana yang telah didedahkan oleh sesetengah pihak.
“Jawatan Adam hanya sebagai Ketua Pemuda PKR Ampang yang dipilih, bukannya pegawai khas saya. Dan beliau bukan kakitangan awam atau ada jawatan dalam Ahli Majlis. Yang nak suruh beliau isytihar (harta) kenapa?
“Adam pun sudah menyatakan pendiriannya. Buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kalau nak periksa dengan saya pun tak apa,” katanya.
Tapi persoalannya, kalau Si Adam tu bukan 'Pegawai Khas' dia, kenapa Si Mak Lampir tu yang beria - ia meroyan tak tentu arah sehingga dilihat tak ubah macam 'Beruk Kena Belacan' apabila isu berkaitan dengan kekayaan luar biasanya didedahkan?

Sekiranya Si Adam tu takde sebarang hubungan dengan dia, sewajarnya Si Mak Lampir tu memberi sokongan penuh terhadap cabaran yang dikemukakan oleh Si Rafizi tu supaya Si Adam tu membuat pengisytiharan hartanya secara terbuka.

Setidak - tidaknya, tindakan Si Mak Lampir menyokong saranan tersebut akan membuatkan rakyat yakin terhadap PKR yang selama ini cuba memberikan gambaran seolah - olah mereka terdiri dari kalangan manusia 'Suci' dan 'Bersih' dari sebarang dosa.

Kalau tidak, apa bezanya pemimpin PKR seperti Si Mak Lampir tu sendiri yang selama ini suka membuat tuduhan terhadap pemimpin Barisan Nasional secara terbuka? Tidakkah itu membuktikan yang Si Mak Lampir ni juga sama seperti pemimpin - pemimpin Pakatan Haprak lain yang hanya pandai bermain Politik Retorik semata - mata!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. SPRM tunggu apa lagi...takut ke dgn pembangkang...kalau dgn org government...bukan main cepat bertindak...kemon la...

    BalasPadam
  2. Alasan tiada lapuran polis

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping