Rabu, November 02, 2016

Ibarat macam seorang suami yang dah menceraikan isteri dengan talak tiga, tapi masih lagi meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal. Pantang isteri tu buat apa saja, sudah pasti dia akan menjadikan tindakan Si Isteri tu sebagai modal kritikan.

Hanya itu sahaja gambaran yang dapat kita berikan apabila Si Nizar Lilin ni tak habis - habis lagi meroyan terhadap PAS walaupun dia dah ambik tindakan meninggalkan parti tersebut. Soalnya, apa lagi yang dia tak puas hati dengan parti tu?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nizar Lilin tu hari ini, nampak sangat yang dia masih lagi menyimpan dendam kesumat terhadap bekas parti tu dan mencabar agar parti itu menyertai perhimpunan Bershit 19 November nanti.
"Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti di Dataran Merdeka. Kehadiran itu akan menghilangkan persepsi bahawa mereka kurang serius seperti sebelum ini," katanya.
Soalnya, kenapa Si Nizar Lilin sibuk sangat nak desak PAS menyertai perhimpunan tersebut sedangkan parti itu sudah membuat keputusan dan pendirian yang cukup jelas tidak mahu menyertainya kerana agenda Bershit itu sudah berubah?

Bukan ke dia jugak yang menolak penyertaan PAS dalam Pakatan sebelum ini dan menggantikannya dengan PAN? Adakah Si Nizar Lilin tu tidak yakin dapat mengumpulkan penyokong PAN seperti mana yang biasa dilakukan oleh PAS?

ATAU mungkin Si Nizar Lilin tu sendiri tidak memahami kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS sebelum ini yang bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan pertandingan 1 lawan 1 menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Si Nizar Lilin tu jelas tidak memahami pendirian PAS yang tetap menolak mereka yang menentang dasar perjuangan parti tersebut yang berhasrat mahu menegakkan Hukum Islam seperti yang dilakukan oleh DAPigs dan disokong oleh PAN.

Dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nizar Lilin itu membuktikan ketidak-yakinan puak Pakatan untuk mengumpulkan penyokong - penyokong mereka bagi menyertai perhimpunan yang bakal diadakan di Ibunegara itu kelak.

Hakikatnya, puak Pakatan Haprak tu jelas masih menaruh harapan kepada PAS yang selama ini menjadi penyumbang utama kepada jumlah peserta perhimpunan yang diadakan. Realitinya, tanpa kehadiran PAS, jumlah penyertaannya pasti berkurangan.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas sejak beberapa siri perhimpunan yang dibuat sebelum ini dimana puak Pakatan Haprak tu GAGAL untuk mengumpul jumlah penyokong mereka seperti mana yang diharapkan tanpa kehadiran PAS. Sekaligus ianya membuktikan bahawa PAS masih lagi sebuah parti yang relevan dikalangan puak Pakatan Haprak tu!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kata dah kuat sangat dpt sokongan rakyat. Buat apa tagih kehadiran Pas lagi. Lilin dah nak padam ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...
      Mrk selama ini bergantung dgn pas...
      Nak harap cina dapigs...puii
      Apa lagi puak lgbt pgayR...
      Yang untung sapa????
      Pemimpin tertinggi bershit 5 yg dpt dana juta2 dpd luar dan dalam negara.
      Pengikut dpt apa?????!!!!!!
      Dapat bodoh dan dapat bangang....

      Padam
  2. Lilin dah kena hujan...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping