Rabu, November 02, 2016

Hah!!! Yang ni baru betul. Sekarang baru la puak Pakatan Haprak tu akan keluarkan kenyataan dan mendakwa kononnya sistem perundangan di Malaysia ni berat sebelah sebab ada pemimpin diorang yang dikenakan tindakan sedemikian.

Dengar katanya, Si Khalid Samad tu telah dijatuhkan hukuman kerana didakwa menabur fitnah terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan dikenakan bayaran sebanyak RM 200 ribu selepas dia GAGAL membuat rayuan di Mahkamah.

Semalam, pihak Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan menolak permohonan Si Khalid Samad tu untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang dapati dia bersalah dan perlu membayar denda sebanyak RM200,000.
Saman terhadap Si Khalid Samad tu telah difailkan oleh Datuk Dr. Hasan Ali pada 12 April 2012 selepas dia mengeluarkan dakwaan kononnya SYABAS dan Puncak Niaga Bhd. telah menjadi penaja kepada gerakan NGO Hasan Ali, JATI.

Pada 27 November 2013 Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengeluarkan perintah supaya Si Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu membayar ganti rugi sebanyak RM320,000 kepada  Dr. Hasan setelah kerana menabur fitnah.

Walaubagaimana pun, Si Khalid Samad tu telah membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan dengan harapan ianya akan ditolak. Namun malangnya, mahkamah tersebut juga membuat keputusan yang sama dan mendapati Si Khalid Samad tu bersalah.
Tetapi ternyata, diatas budi bicara dan ketetapan pihak Mahkamah Rayuan, jumlah bayaran ganti rugi yang perlu dijelaskan oleh Si Khalid Samad kepada Dr. Hasan Ali iaitu sebanyak RM 320 ribu telah diturunkan kepada RM 200 ribu sahaja.

Dan semalam, ke-GAGAL-an Si Khalid Samad tu mengenepikan keputusan yang telah dibuat melalui Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Ahli Parlimen Shah Alam itu sedang berhadapan dengan kemungkinan kehilangan jawatannya.

Sewajarnya, Si Khalid Samad tu perlu menganggap perkara ini sebagai satu khifarah dari Allah S.W.T. Jika sebelum ini, dia cuba nak malukan Datuk Dr. Hasan Ali dengan memburuk -  burukan bekas Pesuruhjaya PAS itu sehingga dipecat dari PAS. Jadi kali ini, Si Khalid Samad tu pula yang hilang kemaluan dengan tindakan yang dikenakan terhadap dirinya!!!
Categories: ,

8 ulasan:

  1. Nak fitnah org tak fikir dulu. Kan dah kena tu.

    BalasPadam
  2. Jadikannya sebagai satu iktibar kepada mereka yang lain

    BalasPadam
  3. Ini xdak kene mengena ngan UMNO-BN andai nak dipersalahkan, kes sesama depa. Se lg menunggu utk mendapat habuan yg sama?.

    BalasPadam
  4. Ini semua salah Najib....kah30x

    BalasPadam
  5. Ini hanya sedikit kifarah yang ALLAH turunkan. Bertaubat lah dari terus membuat fitnah dan kemungkaran menentang hokum ALLAH. Kalau tidak serik, ALLAH akan turunkan bala yang lebih dahsyat. Tunggu lah.

    BalasPadam
  6. Khalid Samad ni dah Mujahid rawa antara penaja2 politik penyokong ideologi kafir sesat yg berpura2 dgn topeng Muslim.

    Gerakan mereka ini sgt bahaya. Semoga mereka ini dijatuhkan Allah spy tidak mnjadi fitnah kpd umat Islam yg mahukan kedamaian dan Islam!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping