Rabu, November 30, 2016

Tahniah diucapkan buat Si Tian Chuak ni kerana berjaya mengelakkan dirinya dari menjadi salah seorang pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu yang bakal hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen dalam PRU akan datang.

Jika sebelum ini, Rafizi dan juga Si Khalid Samad tu telah pun tersenarai sebagai pemimpin yang bakal kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana telah dijatuhkan hukuman oleh pihak mahkamah diatas kesalahan yang dilakukan.

Namun hakikatnya, semua itu adalah merupakan akibat daripada ke-GAGAL-an dan ke-BODOH-an ciptaan mereka sendiri yang hanya pandai mencari penyakit sehingga menyebabkan diorang terjerat dalam kesalahan yang tidak diundang.

Si Rafizi tu dikenakan penjara kerana didakwa memiliki dokumen yang tidak sepatutnya dia miliki. Manakala Si Khalid Samad tu pulak dikenakan denda oleh pihak mahkamah kerana didapati bersalah menabur fitnah terhadap Datuk Dr. Hasan Ali.

Kali ini, Si Tian Chuak tu pulak didapati bersalah kerana melanggar arahan dibawah Perintah Kawasan - Kawasan Larangan 1975 setelah didapati bersalah memasuki kawasan Pusat Latihan Polis DiRaja Malaysia tanpa mendapat kebenaran.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua atas kesalahan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan, memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tiada kecacatan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini. 

Bagaimanapun, Nordin membenarkan permohonan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 53, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan, dan denda sudah dibayar. 

Mengikut pertuduhan, Ahli Parlimen Batu itu didakwa tidak mematuhi arahan Deputi Superintendan A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan. 


Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, di sini, jam 2.30 pagi, pada 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0. 
Tapi, Si Tian Chuak tu kira bernasib baik juga la kali ini kerana pihak mahkamah masih lagi bersikap 'Lembut Hati' dan menjatuhkan hukuman ringan terhadap dirinya. Setakat kena masuk penjara sebulan dan didenda sebanyak RM 1000, tak mendatangkan sebarang kesan pun bagi Si Tian Chuak tu. Hukuman tu tak mampu buat dia jadi Insaf!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping