Jumaat, November 25, 2016

Heh! Nampak gayanya, memang terdesak sangat puak PKR ni nak memperbaiki imej buruk Si Ketua Penipu tu dengan mempergunakan institusi yang ada kaitan dengan Islam sebagai pentas untuk mereka menjaga kepentingan Politik Peribadi.

Sampai tahap ada yang sanggup mempergunakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai 'Alat' hanya semata - mata untuk mempromosikan Si Ketua Penipu tu yang pada ketika ini sedang menjalani hukuman penjara kerana meliwat.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sungai Besar yang mendakwa JAIS telah dipergunakan oleh Rejim Pakatan Selangor sebagai platform untuk mereka menjaja ideologi Politik dengan mengheret guru - guru dari sekolah - sekolah agama.
“Sepatutnya Jais lebih peka dan mengambil kira latar belakang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang mana ketua umum PKR itu ketika ini dipenjara setelah didapati bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya dan ini sahaja sudah cukup dijadikan pertimbangan mengenai masalah moralnya sebelum ini yang tidak sejajar dengan ajaran Islam,” katanya dalam kenyataan.
Ternyata, keluhan dan kekesalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sungai Besar itu sudah pasti tidak dinyatakan oleh dirinya sendiri. Kalau takde guru - guru agama di Selangor tu sendiri yang mengadu pada dia, dah tentu dia pun tak tau.

Namun ternyata, dalam penjelasan yang diberikan oleh pihak JAIS, mereka menyatakan bahawa arahan untuk menjemput guru - guru agama itu turut serta dalam program tersebut datangnya dari seorang pemimpin PKR Selangor sendiri.
“Jais ingin menjelaskan bahawa program tersebut adalah anjuran kerajaan negeri di bawah seliaan Exco Nik Nazmi Nik Ahmad (Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi). 
“Jais telah menerima arahan untuk memanjangkan jemputan kepada guru-guru di bawah seliaan Jais, bagaimanapun tidak mewajibkan para guru untuk menghadiri seminar tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Nah! Itu menunjukkan bahawa PKR ni lebih mendahulukan kepentingan Politik dari nak menjaga kesucian Islam itu sendiri sampai tahap sanggup mempergunakan institusi Islam itu untuk kepentingan Politik Peribadi mereka secara terbuka.

Jadi, tak heran la sekiranya parti itu sebelum ini dilihat agak keberatan nak menyokong pindaan Rang Undang - Undang untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan oleh PAS kerana takut kepentingan Politik Peribadi mereka dikalangan rakyat akan tergugat!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Seminar pemikiran org yg disahkan bersalah kes liwat oleh mahkamah...bangang.

    BalasPadam
  2. Muka Si Nik ni pn macham baru kena Sodom je..terpinga pinga

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping